Beli Emas

Emas adalah Aset yang mampu dimiliki sedikit demi sedikit bersesuaian dengan lebihan wang yang anda ada. Nilainya amat stabil dan sentiasa meningkat dalam jangka panjang berbanding dengan wang tunai. Kestabilan kehidupan anda dimasa hadapan akan lebih terjamin apabila anda mengumpulnya bermula dari sekarang.

About Me

Saya Berasal Dari Pulau Pinang. Kini menetap di Kuantan, Pahang. Mendapat Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pmtg. Sintok, Kepala Batas, Seberang Perai Utara.  Melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kepala Batas Secondary School.  Mendapat Diploma in Public Administration daripada UITM Shah Alam dan seterusnya mendapat Degree in Management di USM Penang. 

Mula bekerja di BP Malaysia bertempat di Installation Depot Port Kelang. Kemudian saya bekerja di PETRONAS Dagangan Bhd dan jawatan terakhir dipegang sebelum bersara pada tahun 2010 ialah  Regional Sales Manager untuk Eastern Region berpejabat di Kuantan, Pahang.

Sebaik saja bersara, saya menumpukan sepenuh perhatian kapada aktiviti Pertanian dan Perladangan. Mempunyai dan mengurus sendiri 2 Dusun buah2an tempatan dan memiliki dan mengurus sebuah Homestay yg berdaftar atas nama  RN Homestay.

Saya mula terlibat dalam pelaburan Emas sebagai Gold Saver dalam tahun 2012.  Saya dinasihatkan oleh sahabat saya, seorang Pemborong Buah2an terkenal di Kuantan yg berbangsa Cina supaya saya menyimpan wang dalam bentuk Emas ataupun US Currencies.  Saya terima nasihat tersebut dan mula membeli Emas sebanyak 50gram dengan membuka Gold Saving Account dengan Maybank.  

Harga se gram pada masa itu dalam RM145 dan saya membayar sebanyak RM7250.  Kemudian saya tidur dan hampir terlupa yg saya ada simpanan dalam bentuk Gold Account sehingga awal tahun  2017 saya terbaca dalam sebuah artikel yg mengatakan "Sebarang Simpanan yang tidak ada physicalnya adalah Haram dari segi hukum Islam. Saya terus menutup akaun tersebut dan nilai simpanan saya pada masa penutupan akaun adalah sekitar RM185/gram.  Saya mendapat RM9250 semasa menutup akaun dan ini bermakna saya mendapat keuntungan sebanyak RM2000/=.

Saya mendapati simpanan dalam bentuk Emas lebih menguntungkan daripada simpanan melalui wang tunai. Maka saya terus mencari syarikat2 Pelaburan Emas yang berwibawa dan akhirnya bertemu dengan Public Gold ini yang saya sifatkan yang Terbaik dari segi kebolehpercayaan dan kestabilan pengurusan patuh syariah yang dapat menjamin kekukuhan kehidupan saya dimasa hadapan.

Gambar Terkini pada October 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan