Beli Emas

Emas adalah Aset yang mampu dimiliki sedikit demi sedikit bersesuaian dengan lebihan wang yang anda ada. Nilainya amat stabil dan sentiasa meningkat dalam jangka panjang berbanding dengan wang tunai. Kestabilan kehidupan anda dimasa hadapan akan lebih terjamin apabila anda mengumpulnya bermula dari sekarang.

Rabu, 27 Disember 2017

Faham Akaun Akan Jadi Kaya (Terakhir)

Akhir kata, nasihat kepada anak muda supaya jangan memikir utk membeli rumah dan kereta mewah terlebih dahulu. Tamatkan sertamerta sebarang Kad Credit yg anda miliki kerana ia adalah medium terbesar yg menjurus kepada liabiliti kehidupan anda.  Banyak orang nak bergaya, ikut trend, mudah dan short cut.  Semua perkara inilah yg akan menyusah dan membebankan kita kelak.

Tidak akan ada suatu Institusi Kewangan yang bagitu bermurah hati memberi kemudahan kewangan kepada anda sekiranya mereka tidak mendapat keuntungan.  Institusi itu pun hidup dan buat duit guna duit orang. Put a stop to it!!!!!. Manage your cash flow. Pastikan Aset bertambah setiap bulan dan liabiliti MESTI berada ditahap terendah. 

Ingat!!! Lagi besar liabiliti yg anda tanggung lagi banyak masa anda berada ditempat kerja. Lagi kuat kerja untuk dapat duit lebih sebab nak bayar hutang yg semakin besar.  Tidak salah anda kerja kuat untuk dapat naik pangkat TETAPI mesti uruskan pendapatan anda dengan baik dan berhemah.

Sekali lagi saya nak ingatkan “Mesti Tambah Aset”

EMAS adalah aset yg terbaik kekal bernilai sepanjang zaman.  Tukarkan sebahagian simpanan wang anda kepada Simpanan Emas sekarang.

“The Secret of Getting Ahead is Getting Started”

“Only you can change your life. No one else can do it for you.”

Cukup hanya menyewa rumah flat atau teres 2 atau 3 bilik, kereta sekadar keperluan utk pergi kerja dan Tumpuan Utama ialah “BUILD YOUR ASSET”.  Beli Emas!!!   Beli Emas!!!   Beli Emas!!! 

InsyaAllah, The Man who laugh Last, .... Will Laugh the Best.  

Wassalam.

Selasa, 26 Disember 2017

Promosi :- Seminar Percuma di Kuantan.

Malam Esok di Pejabat Public Gold, Jalan Beserah, Kuantan (Sebelah Maybank). Masuk percuma. Cabutan Hadiah untuk kehadiran berbentuk 0.5gram Emas di beri on the spot kepada pemenang. Rakan di Kuantan harap jumpa saya disana ya...




Faham Akaun Akan Jadi Kaya (4)

Nak jadi kaya, mindset kita kena tune betul2.
Peribahasa ini mesti ada dalam kepala iaitu :-

Berdikit2 lama2 jadi bukit.
Bersusah2 dulu bersenang2 kemudian
Jangan jadi Ayam, Berkokok bergegar2 ekor bergelumang taik.

Mindset orang kaya Hanya menambahkan Aset.
Bagaimana nak tambah Aset jika cash flow kita yg tidak banyak?????.

Mudah saja Bang!!!. 

Aset terbahagi kepada 3 saja. (Dibeli secara Tunai)
  1. Tanah
  2. Rumah
  3. Emas
Orang kata “Ukur baju dibadan sendiri”
Kalau kita tak mampu beli tanah,--- beli rumah.
Kalau tak mampu beli rumah, ---- BELI  EMAS.

Semua orang yg ada cash flow nya minima RM200 sebulan TENTU MAMPU utk membeli 1 gram emas. Ia akan menjadi Aset. Setahun 12 gram, 5 tahun 60 gram. Nilai emas pula semakin meningkat dalam jangka panjang. Itu baru belian RM200 sebulan. Katakan lah kita bayar ansuran bulanan rumah RM1500 sebulan dan wang ini kita tak beli rumah lagi dan beli Emas kita akan dapat dalam 8 gram. Kalau setahun 96gram. 5 tahun kita sudah kumpul 480gram dan nilai pada masa itu ialah minima RM100,000.  Ia sudah menjadi aset kita.

Purata kenaikan nilai tahunan Emas sebelum ini adalah paling kurang 15%  setahun.  Jadi, Nilai simpanan secara istiqamah 8 gram sebulan selama 10 tahun dicampur dengan peningkatan nilai minima 15% setahun menjadikan jumlah aset  terkumpul  kita adalah sebanyak RM280,000.  Bermakna,  dalam 10 tahun kita sudah boleh beli sebuah rumah 2 tingkat cash.

Dan kita kaya selepas itu kerana liabiliti bulanan kita hanya tertumpu kepada belanja utiliti sahaja.  Bermaksud,  kita Tidak menanggung beban hutang sampai ke tua. Bahkan kita boleh mengumpul aset baru pula untuk membeli aset2 lain seperti Tanah2 Dusun, Rumah Banglow, Kereta2 yg kita idamkan, Emas dan sebagainya secara TUNAI kerana kita bebas dari Bebanan Liabiliti.  Itu baru dinamakan Kaya.
Nah!!!!!  Saya dah buktikan yang menyimpan Emas akan membuatkan anda kaya.  Saya sendiri ralat kerana tidak menyimpan Emas 30 tahun lalu tetapi saya amat faham konsep akaun sebenar iaitu aset perlu sentiasa bertambah dan  liabiliti mesti ditahap terendah.  Saya abaikan nasihat ibubapa saya yang menyuruh saya beli rumah diperingkat awal bekerja dengan alasan tidak mahu menanggung beban hutang dan akan cuba membeli secara tunai bila simpanan mencukupi.

Peringkat awal pekerjaan saya hanya menyewa rumah yg sederhana. Rumah separuh concrete dan kayu.  Paling besar rumah yg saya sewa ialah Rumah Teres setingkat 3 bilik dengan kadar sewaan RM300/sebulan.  Rakan2 saya yg sama jawatan menyewa Rumah 2 Tingkat dan ada yg sewa Bunglow dalam RM1500/sebulan sebelum mereka pindah kerumah mereka yg baru dibeli yg sedang dalam pembinaan.  Kereta permulaan saya hanya kereta Mini Austin Secondhand.  Saya lebih banyak guna motorsikal ketempat kerja. Saya hanya beli rumah selepas 15 tahun bekerja. Rumah pertama, saya bayar downpayment lebih dari separuh dan settle full payment hanya dalam 5 tahun. Rumah kedua di Damansara, KL dan ketiga sebuah Bunglow berserta tanah di Kuantan yg saya bayar dengan cash ketika saya masih bekerja.

Beberapa tanah Dusun Buah2an dan beberapa kenderaan saya pun dibeli dengan tunai. Itu kerana mindset saya ketika itu tidak mahu bayar bunga atau interest kepada orang khususnya Bank.  Kini, saya tidak mempunyai satu sen hutang pun dengan pihak bank.  Liabiliti saya hanya perbelanjaan harian dan bil2 utiliti bulanan. Aset saya mengeluarkan hasil dan menambah kepada pendapatan. Dusun2 mengeluarkan hasil, Homestay mengeluarkan hasil. Rumah di KL nilainya meningkat 3 kali ganda dan semakin meningkat.

Kalaulah saya beli dan simpan emas dan tidak menyimpan kesemuanya dalam bank dahulu sudah tentu lebih banyak aset yg boleh saya miliki. It’s OK. It’s better late than never. Saya beli dan menyimpan emas sekarang.

Anda yg muda2 tuu.... patut beli Emas sekarang kalau nak kaya atau senang dimasa hadapan.


Sambung esok  ..... (Bahagian Terakhir).

Isnin, 25 Disember 2017

Promosi dari PGMall untuk hari ini





Faham Akaun Boleh Kaya - 3 (Sambungan Semalam)

Itu baru liabiliti belian rumah secara hutang. Belum kita campur liabiliti akibat pembelian kereta (mewah???) dengan bayaran bulanan, duit minyak, service, kerosakan dan sebagainya.

Orang kata, Biar Papa asalkan Bergaya.”

Kalau nak jadi kaya mesti tanamkan matlamat iaitu “Beri Tumpuan kepada Pembelian Aset yg Menjana Pendapatan. Kurangkan Tanggungan atau Perbelanjaan Liabiliti kerana bila ada wang lebihan boleh beli dan tambah aset dengan mudah.”

Kita agak kurang bernasib bila kita diajar oleh orang tua2 kita dulu supaya cepat2 beli rumah walaupun baru berkerja kerana mereka mahu kita senang pada pendapat mereka. Niat mereka memang baik. Tetapi dalam prinsip Accounting yg sebenar kita hanya boleh beli bila kita mempunyai simpanan atau aset yg mencukupi. Memang kita dapat hidup senang sikit bila ada rumah sendiri tetapi kesenangan kita hanya berada ditahap yg sama dengan mereka kerana kita menanggung liabiliti jangka panjang. Boleh hidup saja tapi tak kaya.

Untuk menjadi kaya kita kena kumpul dulu aset kita. Bila cukup aset dan tiba masa yg sesuai baru beli rumah dan cuba beli dengan tunai atau kalau berhutang pun downpayment hendaklah tinggi bukan sekadar cukup makan supaya tempoh bayaran sesingkat yg mungkin.

Ingat!!!!! Orang kaya TIDAK menanggung beban hutang. Orang yang menanggung beban hutang walaupun nampak kaya dengan rumah besar dan kereta mewah adalah mereka yg dikategori dalam gulongan sederhana dan ada juga berada ditahap Miskin.

Orang kata, Tidak masuk akal nak beli rumah atau kereta secara Tunai Sedebuk atau sekaligus.

Sabar....Bang. Ada caranya iaitu :-

Tuan2 dan Puan2. Tiada ada sesuatu benda didunia ini yg bermula dengan banyak. Manusia bermula dengan sedikit. Anak2 bermula dengan sedikit. Rumah2 bermula dengan sedikit. Kenderaan bermula dengan sedikit. Kita perlu bersabar dan bertindak dengan berhemah. Perlu beristiqamah. Perlu berjimat cermat. Perlu menyimpan sedikit demi sedikit. (Tetapi bentuk simpanan MESTI yg berupaya mengekal atau menambahkan nilai semasa.) Barulah nilai aset kita akan bertambah menjadi banyak. Pada tahap aset anda telah banyak maka anda layak berada di kategori KAYA.

Pada masa itu Tepuk Dada Tanya Selera. Apa benda yg mesti dibeli dahulu dan seterusnya secara Tunai.

Ahad, 24 Disember 2017

Faham Akaun Boleh Kaya (2)


(Sambungan Semalam)

Sebelum saya terangkan akan pegerakan komponen2 yg saya sebutkan semalam kita mesti betul2 Faham Perbezaan diantara Aset dan Liabiliti.

Definasi Aset ialah sesuatu yg kita miliki yg dapat mengekalkan nilainya atau menambahkan nilai atau wang kedalam poket atau simpanan kita.
Manakala Definasi Liabiliti ialah aliran keluar wang atau mengambil wang atau mengeluarkan wang dari pendapatan atau dari poket kita.

Secara mudahnya Perbezaan diantara Aset dan Liabiliti ialah:-
Aset menambah wang kedalam poket atau simpanan kita. Manakala Liabiliti ialah sebaliknya iaitu keluaran atau ambilan wang dari poket atau simpanan kita

Dalam Penyata Pendapatan :-
Pendapatan - Perbelanjaan = Cash Flow (Wang lebihan)

Kaitannya dengan Aset dan Liabiliti ialah:-
Cash Flow boleh menambah Aset.
Manakala Perbelanjaan Berlebihan menambah Liabiliti.

Lihat Diagram dibawah dan faham pegerakan Arrow :-
Apa yg dinamakan Aset (dalam quadran Kunci Kira2) sepatutnya yg dapat menambah nilai kedalam Pendapatan (dalam quadran Penyata Pendapatan)
Kalau Aset itu masih belum tentu nilainya atau mesti perlu menyalurkan wang untuk mengekalkan Aset itu .... Ia jatuh kedalam kategori Liabiliti dan ia bukan Aset. Inilah kelemahan yg paling nyata dimana ramai orang menyangka harta belum sempurna milik mereka itu ialah Aset. Ia sebenarnya adalah Liabiliti.

Saya petik kata2 Robert Kiyosaki dalam hal Aset dan Liabiliti ini iaitu :- Orang Kaya Mengumpul Aset dan Kelas menengah mengumpul Liabiliti yg mereka sangka adalah Aset.

Dalam Pelajaran Akaun di Sekolah, kita diajar Rumah yg kita beli adalah Aset. Ia tidak semestinya BENAR terutama apabila kita beli secara berhutang. Mithalnya utk perjanjian 30 tahun, kita terpaksa membayar faedah yg dikenakan oleh Bank secara tahunan atau “yearly compounded interest” yg menyebabkan nilai harga rumah meningkat berkali ganda dari harga asal. Lagi besar sesabuah rumah lagi tinggi liabiliti yg kita tanggung. Bukan hanya setakat harga rumah bahkan meliputi, peralatan rumah, bil2 elektrik & air, aircond dan lain2 lagi. Semua perbelanjaan ini adalah dibawah liabiliti. Ia hanya menjadi aset apabila kita beli dengan tunai atau pun selepas habis bayar iaitu 30 tahun lagi jika kita masih hidup.

Orang kata “Semakin Besar Periok Nasi Semakin Besarlah Keraknya.”
Sambung esok2....

Sabtu, 23 Disember 2017

Faham Akaun Boleh Kaya (1)

Saya akan Buktikan yang Emas akan menjadikan kita KAYA.

Untuk Menjadi Kaya, kita Mesti Memahami Prinsip Akaun Kewangan yg sebenar.  Mereka yg memahami Akaun Kewangan yg sebenar tidak semestinya terdiri dari Pelajar yg Pintar disekolah atau yang Bekelulusan Tinggi kerana sistem pendidikan di dunia ini hanya mendidik pelajar untuk menjadi Pekerja sahaja dan BUKAN Majikan.
Lihat mereka yg kayaraya didunia ataupun dinegara kita kebanyakkannya terdiri dari mereka yg tidak pandai atau pun ada yg gagal dalam pendidikan di sekolah atau universiti. 

Contohnya:- Tan Sri Syed Mokhtar al Bukhari berkedudukan ke 5 terkaya di Malaysia hanya menamatkan pelajaran di peringkat SPM.  Dari keluarga yg susah beliau memulakan perniagaan jual & beli lembu dan terkini mempunyai rangkaian perniagaan terbesar dengan nilai aset melebihi  RM10.6 billion.  Robert Kuok yg terkaya di Malaysia dengan nilai aset RM46.1 billion hanya memulakan perniagaan Beras & Tepung dalam tahun 1943. Bagitu juga dgn Boon Siew yg langsung tidak tahu menulis.

Terkaya Didunia pula diantaranya Bill Gates (RM246.3 billion), Warren Buffet, Jack Ma adalah diantara mereka yg terkandas  atau sekadar lulus di peringkat Universiti. Tetapi mereka memahami  Prinsip Asas Perakaunan yg betul. Tidak ada seorang pun  Doktor Pakar, Akauntan, Professor atau CEO dan sebagainya yg diistiharkan sebagai diantara yg terkaya sehingga kini.   Mengapa???

Kena faham Asas Perakaunan yg betul. Asas Perakaunan yg betul amat mudah dan tidak se complex  dengan apa yg kita belajar di Universiti.
Asasnya terbahagi hanya kepada Dua iaitu Penyata Pendapatan dan Kunci Kira2.

  1. Penyata Pendapatan hanya ada 2 komponen iaitu:-
·         Pendapatan
·         Perbelanjaan

  1. Kunci Kira2 pun hanya ada 2 komponen iaitu :-
·         Aset
·         Liabiliti


InsyaAllah, saya akan terangkan bagaimana kita kena faham pergerakkan komponen diatas bagi menjana kekayaan dalam posting esok2...

Jumaat, 22 Disember 2017

Emas Vs Bitcoin

Emas Menang 7 - 0
OK ... Aku dah terang secara lengkap selama 5 hari berturut2 melalui 5 posts dalam FB ini berkenaan Bitcoin (Sila rujuk Blog aku "Beli Emas" dalam halaman Facebook utk melihat kembali semua posting tersebut. Tekan saja link Web disebelah utk kesana)

Kesimpulan yg aku dapati daripada keburukan Simpanan Bitcoin berbanding dengan Simpanan Emas adalah seperti dibawah :-

1. Kestabilan Nilai Bitcoin lebih dipengaruhi Spekulasi. Sebab itu ia tidak stabil walau pun dalam jangkapendek apalagi dalam jangka panjang. Emas kalis Spekulasi. Ia terus kekal stabil dalam nilainya yg tersendiri bahkan sentiasa meningkat terutama dalam jangka panjang.

2. Seeing is believing. Bitcoin dalam bentuk matawang digital. Hanya tersimpan dalam wallet akaun dan kita hanya percaya ianya ada. Emas dalam bentuk physical. Boleh dipegang, dilihat sebagai aset kita yg nyata.

3. Bitcoin hanya tersimpan dalam data computer. Walau bagaimana canggih pun system APIC nya berkemungkinan boleh CRASHED dan akaun anda boleh hilang bagitu saja. Emas tidak hilang begitu saja jika ia disimpan dengan baik ditempat yg selamat.

4. Risiko simpanan Bitcoin terlalu tinggi. Dalan 2 hari yg lepas saja nilainya susut hampir USD3000 untuk 1 Bitcoin. Emas tidak berisiko tinggi. Nilai Simpananya semakin bertambah.

5. Wang digital Bitcoin boleh dibelanja secara free flow dengan mudah. Penyusutan simpanan akan berkurang dgn pantas. Emas agak sukar untuk dibelanjakan pada kadar biasa.

6. Sehebat mana pun manusia yg mencipta system Cryptography Computer mungkin ada insan lain yg lebih hebat muncul di kemudian hari. Selamatkah Akaun Bitcoin anda daripada di Hacked oleh sesiapa nanti?????. Sebaliknya tidak ada sesiapa yg boleh Hacked Emas dalam simpanan anda.

7. Masih ada keraguan dari segi hukum halal & haram pemilikan Bitcoin. Tetapi yg nyata Emas yg anda perolehi dari Public Gold telah diperakui Patuh Syariah.

Khamis, 21 Disember 2017

Promosi by PG Mall

PG Mall adalah subsidary kepada Public Gold. Online Marketing adalah Core Business nya. Setiap hari ada tawaran seperti "Fire Sales" Cabutan Bertuah Emas dan sebagainya.

Kepada ahli Public Gold boleh saja terus ke Web PG Mall untuk melihat produk tawaran dan membuat tempahan. Kepada yg belum menjadi ahli Public Gold sila login ke web address ini:-
www.pgmall.my


Cryptocurrency - Bitcoin (Akhir)

Hari ini masuk ke Post yg kelima dan Terakhir berkenaan Cryptocurrency - Bitcoin.
Aku rasa siapa yg baca dari Post 1 hingga kini sudah faham apa itu Cryptocurrency yg menghasilkan Bitcoin. Post ke 5 ini adalah yg terakhir dan aku nak jelaskan pendapat aku mengapa Nakamoto mencpta hanya 21 juta Bitcoin untuk pasaran dunia sehingga 2140.
Nakamoto seorang Insan bijak yg nampak Nilai Bitcoin akan berkembang dan bertambah dari masa kesemasa jika ia dihadkan supaya peminat akan mencarinya dipasaran. Daripada nilai USD1 dalam tahun 2010 kini nilainya meningkat kepada USD16,955.01 utk 1 Bitcoin pagi ini. New revision pada Tahun 2140 adalah kerana Nakamoto menjangka bahawa dalam 120 tahun akan datang manusia sudah hidup online sepenuhnya pada ketika itu. Tidak ada lagi dollar, ringgit, Euro, Ruppiah, Yen dan sebagainya. Maka, mungkin 21 juta Bitcoin lagi akan dikeluarkan pada jaringan cyber yg lebih sophisticated.
Kenapa aku cerita pasal Bitcoin?????
Kerana hasil dari kajian aku, Bitcoin adalah seperti duit2 tunai yg lain berkembang hanya kerana Spekulasi. Wang Tunai di monopoli sepenuhnya oleh Bank2 Simpanan, Skim Amanah dan sebagainya untuk mengaut keuntungan dari modal penyimpan atau pelabur. Profit sharing oleh Bank2 ini tidak sama rata. Pihak Bank semakin untung dan semakin kaya. Faedah yg diberi kepada penyimpan yg memberi sumbangan besar dalam penyediaan modal mereka hanya beberapa peratus.
Selain daripada itu, cakap saja pasal wang tunai akan menjurus kepada susut nilai yg sentiasa turun dan TIDAK PERNAH naik sepanjang zaman. Wang Tunai samaada dalam bentuk physical cash atau digital online tidak boleh sekali2 menjamin kesejahteraan masa depan.
HANYA EMAS YG KEKAL STABIL PENINGKATANYA DALAM JANGKA PANJANG. KALIS INFLASI, KALIS SPEKULASI DAN SELAGI MANUSIA SANGGUP MEMPERTARUHKAN NYAWA MASUK KEDALAM LOMBONG YG DALAM UNTUK MENCARI EMAS, MENGGUNAKAN TULANG 4 KERAT, MENGGUNAKAN DULANG, MENGGUNAKAN JENTERA CANGGIH UNTUK MELOMBONG SELAGI ITULAH EMAS KEKAL BERNILAI SEPANJANG ZAMAN.
RUJUK CERITA "AL DOREDO" DALAM BLOG AKU DIMANA MANUSIA SANGGUP MEREDAH BENUA, BELANTARA, GUNUNG GANANG HANYA PERCAYA CERITA DONGENG "RAJA BERSALUT EMAS" DEMI UNTUK MENCARI TEMPAT RAJA TERSEBUT. ITULAH HAKIKATNYA EMAS....
Dibawah ini adalah petikan nilai 1 Bitcoin terkini pagi ini. Lihatlah bagaimana penyusutan nilainya menjunam dari USD18,888 pada 19/12/17 jatuh kepada USD17,461.82 semalam (20/12/2017) dan pagi ini jatuh lagi kepada USD16,955.01 hanya untuk satu Bitcoin.

Rabu, 20 Disember 2017

Cryptocurrency - Bitcoin Post 4

Ohhh...ohh.... Maaf, lambat sikit hari nie sebab hampir satu hari kerja dikebun siang tadi.
OK kita sambung Post yg keempat pasal Cryptocurrency - Bitcoin.

Saya percaya sehingga kini anda sudah tahu apa itu Cryptocurrency, Cryptography dan productnya iaitu Bitcoin. Secara ringkasnya Nakamoto mencipta wang digital melalui online dimana ia dikenali sebagai Cryptocurrency. Transaksi urusniaga, belian, jualan, pindahan dilakukan melalui Online menggunakan Program Software percuma disediakan oleh Nakamoto dinamakan Cryptography yg mengaplikasikan program khusus APIC (Applied Specific Intergrated Circuit) dalam verifikasi setiap transaksi . Hasil atau End product dari proses ini ialah Bitcoin.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Bitcoin????

Apabila Nakamoto mencipta Online Digital Money ini dia telah memperuntukkan 21 juta Bitcoin kedalam pasaran dunia dan jumlah ini akan kekal sehingga sehingga Tahun 2140. Kenapa 21 Juta? dan Kenapa sehingga tahun 2140? Nakamoto tidak memberi jawapan. Tetapi aku boleh agak beberapa jawapan terhadap tindakan Nakamoto itu. InsyaAllah aku akan beri beberapa alasan dalam Post terakhir berkenaan Bitcoin ini. Sekarang kita cerita macam mana nak dapat Bitcoin?????.

Ada 3 cara.

1. Apabila kita berurusniaga dengan sesaorang samaada dalam negara atau luar negara kita suruh dia bayar dengan Bitcoin. Maka kita akan dapat Bitcoin. Nilai Bitcoin tidak ditentukan oleh mana2 negara atau Nakamoto sekali pun. Ia hanya ditentukan melalui pasaran bebas akibat permintaan dan penawaran. Pada saat ini nilai 1 Bitcoin adalah USD17,461.82. Ketika aku tulis post semalam dalam jam 3 petang nilai 1 Bitcoin melebihi USD18,000. Ia seperti harga Emas berubah setiap masa. Jepun dan Russia dalam proses meluluskan penggunaan Bitcoin. Microsoft dan Dell telah menerima pembayaran melalui Bitcoin. Di Malaysia, kerajaan masih tak bercakap pun pasal ini. Tetapi ada tempat2 yg telah menerima Bitcoin dalam urusniaga. Sebenarnya Bitcoin tak memerlukan mana2 kerajaan untuk meluluskannya pun sebab ia menggunakan Online ke seluruh dunia.

2. Membeli terus melalui Broker Pasaran Bitcoin pada harga semasa. Caranya kena masuk ke Website Bitcoin iaitu :- bitcoin.co.id. Daftar login dan ada beberapa Broker yg iklankan penjualan Bitcoin disitu. Boleh buat akaun transfer dan sebagainya.

3. Melalui Bitcoin Mining atau Perlombongan. Cara ini agak complicated sikit dimana orang mahir computer boleh melakukannya. Nakamoto mengikut seperti konsep Emas dimana Allah SWT telah memperuntukkan sejumlah kuantiti Emas di perut bumi dan lombonglah untuk mendapatkannya. Hanya untuk melombong Bitcoin kita perlu ada Hardware Computer yg canggih dan software nya boleh didownload secara percuma. Kerja melombong Bitcoin sebenarnya adalah kerja membuat verifikasi transaction Bitcoin yg dilakukan oleh orang lain setiap saat diseluruh dunia. APIC system yg diujudkan oleh Nakamoto memerlukan 51% verifikasi atau pengesahan sebelum jualbeli atau pindahan Bitcoin diluluskan. Dan sesiapa yg terlibat atau berjaya membuat verifikasi bagi transaksi orang lain hadiahnya ialah collections of points yg membolehkan dia mendapat Bitcoin bila jumlah mata tersebut mencukupi. Ini yang dikatakan Mining atau Melombong. Bitcoin yg diperoleh itu ialah dari lebihan baki yg tinggal daripada 21juta yg Nakamoto simpan didalam Lombong Siber.

Ohhhh......ohhhh... Dah panjang sangat nie. Sambung esok ya... Dah dekat nak habis cerita nie. InsyaAllah.
Sharing is Caring!!!!!

Selasa, 19 Disember 2017

More About Bitcoin

OK. Ini ialah Post ke 3 Pasal Bitcoin - Cryptocurrency.
Apa itu Bitcoin. Seperti yg saya telah jelaskan dalam Post 1 iaitu ia adalah Duit Digital atau Cryptocurrency. Crypto bermaksud Ciptaan, Ukiran, Design dan sebagainya. Manakala Currency ialah Wang atau Duit. Jadi Bitcoin adalah Wang Ciptaan Digital yang transaksi Urusniaganya dilakukan melalui Internet or Online.
Untuk lebih jelas lagi .... saya perlu terangkan proses urusniaga dari awal hingga kini supaya anda akan lebih memahami kenapa ada Bitcoin.
Zaman permulaan awal Civilization, manusia membeli barang keperluan dengan menggunakan sistem "Barter Trade" . Contohnya, A membawa sekampit Beras ke suatu tempat urusniaga. B membawa beberapa ekor ayam ketempat yg sama. A menawarkan kepada B sekampit berasnya untuk ditukarkan bagi mendapat seekor ayam dan B bersetuju. Maka berlakulah apa yg dikatakan "Barter Trade".
Sistem urusniaga seperti ini diperbahrui dengan menggunakan Siling atau Coin. "A" hanya perlu menjualkan berasnya kepada sesiapa yg ingin membeli pada harga 1 kepiang wang siling. (Kepiang bukan keping - wang dulu) Bagitu juga B. Selepas Kepiang menjadi Kupang atau sen atau amah dan sebagainya.
Selepas siling muncul pula wang kertas. Urusniaga dilakukan dengan lebih teratur. Bank2 pun muncul untuk melengkapkan proses urusniaga atau bagi menguruskan simpanan aset.
Selepas Wang Kertas, muncul pula Kad Credit dan transaksi wang dilakukan melalui online banking. Pekerja dulu2 menerima sampul surat berduit didalamnya pada hujung bulan sebagai bayaran gaji atau upah bulanan kerja. Pekerja sekarang hanya perlu check akaun balance dalam bank pada hujung bulan. Bahkan melalui akaun bank tersebut sesaorang boleh membayar bill, hutang kereta, rumah dan sebagainya melalui e-banking.
Kini, Muncul Bitcoin bertujuan menggantikan sistem urusniaga yg dikawal dan dimonopoli oleh pihak bank dan negara. Bitcoin hanya dikawal oleh anda pemilik wang digital ini.
Sambung besok ya....Bang. Untuk lebih jelas saya akan terangkan Konsep Bitcoin dan bagaimana ia berfungsi... Wassalam.

Isnin, 18 Disember 2017

Aplikasi Cryptography

Kita sambung cerita semalam ya .... iaitu apa itu Cryptocurrency dan kaitanya dengan Bitcoin.

Nakamoto menyarankan supaya urusniaga pembelian & pembayaran walaupun diperingkat global tidak perlu menggunakan pihak ketiga seperti Bank, Pemegang Amanah dan sebagainya.
Jadi, bagaimana hendak dipastikan bahawa pembayaran dibuat dan diterima oleh sesuatu urusniaga itu SELAMAT. Melalui kaedah lama sebelum ini pihak ketiga adalah guarantor nya.
Nakamoto sedar bahawa sebarang transaksi Mesti bersifat Pasti Selamat (Fail Safe). Maka beliau memastikan isu sekuriti ini dengan memperkenal Aplikasi "Cryptography". Jangan pening...jangan pening. Saya akan jelaskan Aplikasi Cryptography ini dan bagaimana ia berfungsi.

Aplikasi Cryptography digunakan untuk memastikan :-
1. Tiada Pemalsuan Identiti pemilik akaun
2. Mencegah perbelanjaan berganda
3. Memastikan kesahihan pengkalan data.

Sebenarnya, kalau kita amati akan 3 fungsi diatas itu adalah peranan yg dimainkan oleh pihak ketiga atau bank dalam sistem yg terdahulu. Jadi Aplikasi Cryptography mengambil alih peranan pihak ketiga tersebut.

Kita tertanya-tanya, bagaimana Aplikasi Cryptography menentusahkan sesuatu identiti dan akan mengesahkan pulak sesuatu transaksi???

Sabar...sabar Bang. Disinilah Sistem Bitcoin memainkan perananya. Apa itu Bitcoin?. Apakah Akaun Bitcoin menggunakan Dompet??? (Wallet)..
Esok2 pulak saya sambung ya ....Bang. Wassalam.

Ahad, 17 Disember 2017

Cryptocurrency - Bitcoin

Untuk Post pada hari ini aku nak berkongsi maklumat berkenaan satu sistem penggunaan "Wang Dalam Alam Siber" yg popular pada masa ini yg dinamakan sebagai Cryptocurrency atau yg paling hangat disebut sebagai "BITCOIN". Ia sesuatu yg mesti kita tahu kerana urusan keewangan semakin berubah dengan kemajuan teknologi. Wise people used to say that "Intelligence is the ability to adapt to change"

Pencipta Cryptocurrency ini ialah seorang Computer Programmer bernama Satoshi Nakamoto. Artikel Beliau yg menggerakkan konsep Cryptocurrency ini ialah ;- "Botcoin : A Peer - to - Peer Electronic Cash System. Dalam artikel ini Nakamoto memperkenalkan satu idea urusan kewangan secara terus tanpa diurus oleh pihak ketiga. Maksudnya, sebelum ini, Urusniaga melibatkan kewangan dlakukan oleh pihak ketiga seperti Bank atau Syarikat Kredit yg bertindak sebagai pemegang amanah dengan mengeluarkan Letter of Credit, Guarantee Letter, atau bertindak sebagai guarantor.

Jadi Nakamoto menganggap yg urusniaga menggunakan orang tengah seperti Bank akan meningkatkan Unnecessary Cost seperti kena bayar komisen, upah dan duit dipegang pulak oleh pihak ketiga ini yang akan melambatkan urusan, remeh dan lapuk.

Untuk tidak menggunakan pihak2 ketiga ini maka Nakamoto mencadangkan urus niaga dijalankan secara digital berdasarkan porkongsian fail niaga melalui rakan ke rakan (Peer to peer file sharing).

Panjang sangat nie..... tunggu post aku selanjutnya lah...esok2 untuk aku terangkan pula bagaimana ia dilakukan, kaitannya dengan Cryptgraphy (pulak!!!!) dan sebagainya.
heee...heee....heee .. Wassalam.

Sabtu, 16 Disember 2017

Orang Kaya dan Orang Miskin

Orang Miskin dan Kelas Menengah bekerja untuk Wang. 
Orang kaya mempunyai wang yg bekerja utk mereka.

Orang Kaya Mengumpul Aset.
Orang Miskin dan Kelas Menengah mengumpul Liability yg mereka sangka adalah Aset.

Orang Kaya Fokus kepada Aset.
Orang Miskin dan Kelas Menengah fokus kepada Pendapatan.

Apabila kita bekerja demi wang, kita memberi peluang kpd Majikan Menguasai kita.
Apabila kita mempunyai wang yg bekerja utk kita, kita yg mengawal dan menguasai diri sendiri.

Emas ada dimana-mana.
Ramai orang tidak dilatih melihatnya,

- Robert Kiyosaki, Author Rich Dad and Poor Dad.

Jumaat, 15 Disember 2017

Hati Emas.

Post istimewa aku untuk hari ini..... Kita dengar lagu pulak ya...
Lagu ini juga menjadi nostalgia kepada aku kerana melalui lagu ini aku muncul mendapat Tempat Ketiga Pertandingan Karaoke di kalangan semua Eksekutif Retail Business di sebuah Hotel Terkenal. Yg lebih menarik ketika itu ialah hadiah di sampaikan oleh CEO Petronas Dagangan sendiri. Aku masih ingat kata2nya ketika penyampaian hadiah iaitu "Aku tak tahu yg Hang boleh nyanyi Lee".
Bukan setakat pertandingan disini saja.... aku pernah muncul Naib Johan pertandingan Karoeke Hari Keluarga Petronas Dagangan Wilayah Tengah yg diadakan di sebuah Hotel Terkenal di Melaka. Oleh kerana peserta2 terlalu hebat ketika itu .... aku tak tunggu sampai habis kerana takut nak dengar keputusan dan balik ke bilik bersama isteri. Tiba2 dalam jam 12 malam ada orang ketuk pintu bawa hadiah (anak buah aku yg naik kepentas mengambilnya dan dia ada dalam friend list disini) dan dia kata yg aku muncul Naib Johan. Johan dimenangi oleh Staff yg biasa menyanyi dengan Okestra Petronas.
Haaa....haaa...Nostalgia!!!!

Khamis, 14 Disember 2017

It's Moving

Hey Guys....
The Gold Price is moving every minute whilst you stay put... Staring!!!!!.

It is Time.....

Harga Emas bagi akaun GAP Public Gold kelmarin (13/12) adalah diantara yg terendah dalam beberapa bulan ini iaitu RM178/gram. Harga Hari ini telah naik semula kepada RM180/gram. Nasihat khusus kpd downline saya ialah INILAH masa yg terbaik untuk membeli & menambah stock simpanan anda.

Sekiranya anda beli pada hari ini maka average atau purata modal pembelian anda akan turun sikit. Lihat post saya sebelum ini atau refer my blog sebab ada table contoh pengiraan Averaging disitu.

Perkembangan yg menarik apabila graf harga turun..turun... kemudian naik memberikan sedikit gambaran yg ia mungkin telah HIT The Lowest Price and is going to bounce up.

Act wisely and grab all the opportunities that we have. Wassalam.

Rabu, 13 Disember 2017

Selasa, 12 Disember 2017

Duit Simpanan

Benarkah hanya dengan Menyimpan Duit menjamin kestabilan masa depan ?????

Apa akan terjadi sekiranya berlaku Market Crash, Nilai Duit terus merosot, sesuatu yg diluar jangkaan berlaku ???

Dapatkah Duit Simpanan menyelamatkan anda pada ketika itu???


Renung kembali Apa terjadi dengan Duit Pokok Pisang Jepun dulu???

Apakah nilai yg tinggal bagi rakyat Greece bila negara mereka jatuh bankrupt.????

Pls bear in mind that "When something is going UP, There is something else is going down"
Contohnya ... Bila kadar Inflasi naik, harga barang naik ...Nilai Duit Jatuh.
Bila harga minyak naik nilai duit jatuh.!!!!

Jadi .....Selamatkan wang simpanan anda dengan menukar kepada Simpanan Emas. Apa keadaan terjadi sekalipun Emas yg tetap bernilai masih dalam simpanan anda.

Isnin, 11 Disember 2017

Bagaimana Harga Emas ditentukan.

Artikel ini adalah sambungan kepada Artikel saya yang lepas diatas tajuk yang sama iaitu Bagaimana Harga Emas di Tentukan?

Spot Price adalah harga yg digunapakai untuk menentukan harga pasaran semasa (Setiap saat) oleh peniaga emas tempatan termasuk Kedai2 Emas dalam negara.  Harga Gold Fix dari LBMA hanya dijadikan dasar panduan dalam menentukan Spot Price yg juga dikeluarkan di London dan ia lebih kepada harga cadangan daripada Wakil2 Pengeluar Emas dalam LBMA. Spot Price tidak banyak beza dengan harga keputusan LBMA.  Sebelum ini saya dah maklumkan bahawa LBMA hanya mengeluarkan keputusan Harga sebanyak 2 kali sehari iaitu pada jam 10.30 pagi dan 3 petang waktu London. Jadi harga setiap minit diantara jam 10.30 pagi hingga 3 petang dan 3 petang hingga 10.30 pagi esoknya itulah diujudnya Spot Price.

Spot Price diterima pakai oleh Bank Negara Malaysia diikuti Bank2 tempatan. Sepatutnya Goldsmith Shop yg bersepah di seluruh negara menggunakan Spot Price ini dalam menentukan harga pasaran harian mereka.  Poh Kong, Wah Chan, Tong Seng Goldsmith, Bunga Raya Kedai Emas ke kena ikut Spot Price ini.  Tetapi mereka masih jual pada harga yg menguntungkan mereka kerana beberapa sebab seperti dibawah.

  1. Alasan stok masih banyak pada harga lama.
  2. Harga Emas bukan dibawah Harga Kawalan.
Contohnya harga Emas pada Isnin minggu lepas di Minah Kedai Emas adalah RM190/gram.  Tiba2 Isnin minggu ini Spot Price bagi Harga Emas turun kepada  RM180/gram. Minah Kedai Emas masih menjual pada harga minggu lepas iaitu RM190/gram.  Setiap satu gram yg dijual kedai ini memperolehi keuntungan RM10/= 

Walaupun Kedai2 Emas bernaung dibawah Kesatuan  FGJAM (Federation of Gold & Jewellers Association of Malaysia) tetapi FGJAM memberi kelonggaran kepada ahli2nya memasarkan emas pada harga diantara 10 hingg 15% lebih tinggi dari Spot Price.  (FGJAM di tubuhkan pada 1978) Harga pasaran itu belum termasuk kos upah bagi setiap jenis produk yang kedai2 emas itu jual. Biasanya mereka akan charge 10 hingga 15% peratus lagi atas kos upah. Perlu juga diingat yang harga emas jualan di kedai2 emas juga mengenakan GST kepada pembeli.

Jauh berbeza dengan Public Gold dimana harga pasaran terus mengikut Spot Price dan dikeluarkan setiap 20 minit 24 jam sehari.  Tidak ada kos upah dan juga tidak ada kos GST yang dikenakan. Oleh itu kenapa kita masih tercari2 kedai emas untuk membeli Emas?  Pilihan membeli di Public Gold ada dimana2 diseluruh Cawangan negeri di Malaysia termasuk Sabah & Serawak. Bukan saja di Cawangan Public Gold malah kita juga boleh membeli, menjual dan menggadai di Pejabat2 Pos besar diseluruh Malaysia. Ar Rahnu Pos telah dilantik menjadi agen pemasaran kepada Public Gold.




Dont't Ever Give Up!!!. Pls. stay put in your Driving Seat and it's the best time to build up your stock.
VANECK.COM

Ahad, 10 Disember 2017

Kenapa Kena Beli Emas dengan Public Gold?????


Saya dah upload satu posting sebelum ini berkenaan Kebaikan Pembelian Emas dari Public Gold.
Saya tambah sikit lagi.... nuuu
Terdapat beratus Syarikat Pelaburan & Perniagaan yang memasarkan emas pada masa ini. Ada nama Super Power Gold, Minah Gold, Ah Seng Gold, Tonic Gold dan sebagainya. Tetapi cuba lihat, selidik dan tanya soalan2 ini :-
1. Syarikat2 ini ada Pejabat2 Cawangan dimana ya!!! di Malaysia ini.???
2. Berapa yuran ahli yg mesti dibayar untuk menjadi Ahli???
3. Ada tak Sykt2 ini lantik agen diserata negeri untuk memudahkan urusan perniagaan???
4. Ada Sijil Khusus Patuh Syariah Tak kpd Sykt2 berkenaan.
Banyak lagi persoalan tetapi cukup 4 tuu saja buat masa ini.
Jawapan kepada 4 soalan tersebut oleh Public Gold adalah:-
1. Kami ada 20 Pejabat Cawangan disetiap negeri termasuk Sabah & Serawak. Kini telah ada cawangan di Singapore dan Indonesia.
2. Tak payah yuran atau fee bila nak jadi ahli Public Gold. Beli emas untuk sendiri di Public Gold terus secara otomotik didaftar sebagai Ahli. Bagitu juga tak ada yuran untuk jadi Dealer dan sebagainya.
3. Public Gold telah melantik Pejabat Pos seluruh Melaysia sebagai agen untuk menjual, membeli dan menerima gadian untuk produk Public Gold dengan mudah. Visit saja Pejabat2 Pos dibandar2 dalam Malaysia ada kaunter ar Rahnu POs.
4. Sijil Patuh Syariah Khusus atas nama Public Gold telah diberikan.

Sabtu, 9 Disember 2017

December Menghantui Harga Emas!!!!!

Nampaknya Harga Emas bulan December ini Semakin Menurun. Ia berlaku bukan saja bulan December tahun ini malah ia berlaku pada Setiap Bulan December tahun2 sebelumnya.
Jadi, Bulan ini adalah Bulan yang paling baik Untuk Beli dan Menambahkan Simpanan Emas kita. Ayuh....Bro...
Saya telah membuat sedikit research berkenaan pergerakan harga Emas setiap bulan December dan petik kajian dari
Michael J. Kosares
Founder: USAGOLD
Author: The ABCs of Gold Investing –
adalah seperti dibawah :-
On the ghosts of Decembers past
December, as it turns out, has been a humbug month for gold the past four years. In each of those years (2013 through 2016) December began poorly, but appropriately by Christmas-time things began to look brighter. By the end of January in the following year, the star over the gold market shone still more brightly. . .
–– On December 1, 2013 gold finished the day at $1220 per ounce. The low for the month came on the 19th at $1188, but by January 31, 2014, it traded at $1244 – up 4.7% from the December low.
–– On December 1, 2014 gold finished the day at $1212 per ounce. The low for the month came on the 24th at $1174, but by January 30, 2015, it traded at $1283 – up 9.3% from the December low.
–– On December 1, 2015 gold finished the day at $1069 per ounce. The low for the month came on the 17th at $1051, but by January 31, 2016, it traded at $1118 – up 6.4% from the December low.
–– On December 1, 2016 gold finished the day at $1171 per ounce. The low for the month came on the 22nd at $1128, but by January 31, 2017, it traded at $1210 – up 7.3% from the December low.
So the lesson imparted is to buy in December and enjoy the holidays. January is the start to a wholly new year.