Beli Emas

Emas adalah Aset yang mampu dimiliki sedikit demi sedikit bersesuaian dengan lebihan wang yang anda ada. Nilainya amat stabil dan sentiasa meningkat dalam jangka panjang berbanding dengan wang tunai. Kestabilan kehidupan anda dimasa hadapan akan lebih terjamin apabila anda mengumpulnya bermula dari sekarang.

Isnin, 29 Januari 2018

Sambungan OPR, BLR dan PR

BLR atau Base Lending Rate ditetapkan oleh Bank2 tempatan berdasarkan OPR yg dikeluarkan oleh BNM.

Hampir semua Bank2 tempatan menetapkan kadar BLR pada masa ini sebanyak 6.85%. Bila OPR naik 0.25% maka BLR terkini akan menjadi 7.10%. Kadar BLR akan lebih tinggi sekiranya hutang atau Financing Tenure/Package untuk tempoh yg maksimum atau lama. Dan BLR akan apply –ve bila tempoh pinjaman singkat biasanya minima 5 tahun. Tapi kalau you settle hutang lebih awal dari 5 tahun, Bank akan charge you pulak dalam 2% kerana settle cepat dan merugikan IRR mereka. Pelik ke tak pelik tuuu... Settle awal pun kena denda sebab itulah sumber pencarian mereka.  BLR boleh jadi seperti 7.10% - 2% (contoh) bagi pinjaman jangkapendek yg boleh dibincangkan diantara Peminjam dengan Bank.

BR pula adalah terma baru yg muncul lebih kurang 2 tahun lepas. BR maksudnya Base Rate atau Kadar Asas yg ditentukan oleh pihak Bank berdasarkan kemampuan kewangan mereka dengan mengambil kira Kos Operasi, Margin Keuntungan, Risiko Kecairan dan Risiko Kredit Peminjam.  Kadar BR bagi kebanyakkan Bank2 tempatan terkini adalah sekitar 4.5%.

Jadi, adalah HAK anda selaku peminjam untuk berbincang dengan pihak Bank berkenaan penggunaan BLR atau BR bila memohon pinjaman.
Tetapi, kebanyakkan orang kita selalunya Gelap Mata.  Dengar kata nak beli rumah dan pemaju pula rekomen Bank yg sanggup bagi pinjaman kita terus bersetuju. Financing Agreement pula dalam Bahasa Inggeris dan tebalnya hampir 10cm dan kita macam orang yg terlalu pandai (bodoh sombong) dengan initial saja semua pages perjanjian bila disuruh sedangkan  terma untuk BLR atau BR kalau disemak tak sampai 1 muka surat pun. Definasi perjanjian saja 5 muka surat.

Bayangkanlah pinjaman sebuah rumah sebanyak RM300,000 dengan kadar BLR 6.85% selama 30 tahun akan menjadikan Kos Rumah tersebut sebanyak RM616,500 dimana bayaran bulanan adalah sebanyak lebih kurang RM1500 sebulan.
Apakah nilai Rumah itu akan bernilai RM600K 30 tahun akan datang. Kenapa kita perlu bayar pada Bank atau Ceti Zaman Moden ini lebih dari harga rumah yg kita beli???.

Sebaliknya RM1500 sebulan kita akan dapat beli 8 gram Emas pada harga sekarang (RM188/gram). Setahun kita akan ada 96 gram dan untuk 10 tahun kita akan ada 960gram. Harga jangkapanjang Emas untuk tempoh 10 tahun akan datang berdasarkan trend harga 10 tahun lepas adalah sekitar peningkatan 65% menjadi nilainya dalam RM300,000.  Common guys, you akan ada RM300K  in ten years time but  you pilih untuk berhutang 30 tahun membayar pinjaman pokok bagi sebuah rumah RM300,000.

Hakikatnya.. Itulah orang kita. Kalau kita baru dapat kerja selepas belajar dulu, balik kampung ada 2 soalan popular. Satu, Bila nak kahwin? Itu tak apa juga sebab membina keluarga dapat elak kecairan wang ketempat lain.
Soalan Kedua, Bila nak beli rumah?. Abu, Seman, Tijah dah beli rumah cantik .... awak bila lagi??? Malukan Seman, malukan Abu, Tijah ... kita pun berhutanglah. Soalan ketiga tak sempat tanya... tiba2 bawa balik saja.. (Soalannya ... Bila nak beli kereta???)

Orangggg Kitaaaa. Amaaat Mewahhhh!!!

Ahad, 28 Januari 2018

OPR, BLR dan BR

Hmmm....Semalam,  merujuk kepada tempoh urusniaga dalam jangka pendek. 

Bank2 tempatan nie.... Tak kira lah Rimau ke, Gajah ke, Monyet ke berniaga diatas duit orang ramai, para pendeposit dan sebagainya.  Katalah secara tiba2 berlaku pengeluaran wang telalu banyak maka untuk survive dalam urusniaga selanjutnya Bank2 berkenaan perlu meminjam kepada Bank2 yang lebih stabil. Atau pinjam dengan BNM.  Maka kadar faedah pinjaman seperti ini menggunakan kadar yg dikeluarkan oleh BNM yg dinamakan OPR itu.

OK. Jadi, OPR hanya terpakai bagi pinjaman diantara Bank2 atau pun dengan BNM.
Apakah pula kesan terhadap orang ramai, pendeposit, peminjam, pengguna Kad Kredit dan sebagainya bila OPR dinaikkan oleh BNM?????

Banyak kesan ..... Beb!

Kau ingat Bank2  Rimau, Gajah dan sebagainya  bermurah hati nak absorb kadar kenaikan OPR dengan tidak melibatkan pendeposit & peminjam.  Hello!!! Bro... satu sen pun dia charge lah.

Contohnya,  engkau ada pinjam dengan Bank beli rumah kan?, Beli kereta kan? Dan entah apa2 lagi yg beli pinjam dengan Bank maka “SEMUA KADAR PINJAMAN AKAN DINAIKKAN”  prorate (prorata) iaitu kalau OPR naik 0.25% maka pinjaman Mu dengan bank pun akan naik berkuatkuasa sertamerta sebanyak 0.25%. Lazimnya pihak Bank akan hantar surat kepada pelanggan mereka memaklumkan kadar faedah dan jumlah bayaran bulanan baru yg dikenakan terhadap kamu.

Apakah terma kadar faedah yg di kenakan terhadap kamu oleh pihak Bank bila kau pinjam duit dengan mereka?????

Mereka menggunakan BLR atau di sebahagian case mereka gunakan BR +ve  atau BR-ve.

BLR merujuk kepada  Base Landing Rate atau dalam Bahasa Melayu kita sebut Kadar Faedah Tetap.  Apa pula BR dan macam mana pulak charge dan pengiraannya ya????

Ah... tunggu sambung esok pulak lah bang...   Panjang sangat dah nie.


Sabtu, 27 Januari 2018

Kaitan Emas dengan OPR, BLR

Pembeli dan Penyimpan Emas Tidak Perlu Risau berkenaan kenaikkan kadar OPR dan BLR ataupun BR.  Kita tak ada kena mengena secara langsung bila Bank Negara, Institusi Kewangan menaikkan kadar2 tersebut.  Bahkan secara Tak Langsung Mungkin Urusniaga Emas akan meningkat sekaligus akan mempengaruhi peningkatan Harga Emas yang pastinya akan menguntungkan kita.

Habis!!!!  Siapa yg akan Terkesan atau Rugi?????

Mereka yang terkesan ialah di kalangan para peminjam dengan pihak Bank yang masih tertunggak. Samaada melalui pinjaman perumahan, kenderaan, pinjaman peribadi hatta Kad Kredit sekalipun terlibat sama.

Apakah jadahnya OPR, BLR dan BR ini?????. 

Haaa....haaa...haaa.. 

Itulah orang kita....  Bila ada iklan Perumahan Untuk Di Jual, Model kereta yg baru keluar di pasaran, mereka mula jumpa Wakil Pemaju, Salesman, Pegawai Bank, minta semak kelayakan untuk membeli secara pinjaman. Sesungguhnya mereka sentiasa dalam Kerugian kecuali mereka benar2 memahami proses  Pinjaman yang melibatkan terma2 tertentu khususnya OPR, BLR atau dalam sebahagian case terma BR digunapakai.

InsyaAllah aku akan cuba terangkan setakat yang aku tahu “Apa Benda OPR, BLR dan BR nie.  Tapi, aku terangkan sikit2lah.  Hari ini sikit, esok sikit, lusa sikit sampai habislah macam aku terang isu Bitcoin dulu.

OPR adalah Overnight Policy Rate atau dalam Bahasa Melayu dipanggil Kadar Pinjaman Semalaman.  Kenapa  Semalam saja????


OK dah panjang sangat nie,  sambung esok pulak yaa...

Ahad, 21 Januari 2018

Why The Rich are Getting Richer

Why The Rich are Getting Richer??? - Robert Kiyosaki in his latest book. He revealed that "Holding Gold Makes Him Happy.
Holding Gold Makes Me Happy - Robert Kiyosaki
KITCO.COM|BY KITCO NEWS

Selasa, 16 Januari 2018

Silver & Gold

The Great Oldies - Silver & Gold
Well, I met an old man walkin' down the street His clothes were…
YOUTUBE.COM

Isnin, 15 Januari 2018

Change your life today

Change your life today and don’t gamble on the future!!! 

Jangan hanya berhantung kepada simpanan wang. Peruntukkan sebahagian kepada Simpanan Emas.

Start with one gram today (15/01/2018) at RM189.  Call me for assistance. 
Ramli Noor  PG00115719

Sabtu, 13 Januari 2018

Harga Emas Meningkat tahun 2018???

Faktor2 berikut akan menyebabkan kenaikan Harga Emas:-


1. Meningkatnya kadar inflasi contohnya kenaikan harga barang, peralatan, komoditi dan sebagainya.

2. Kejatuhan nilai wang terutamanya USD.

3. Ketidakstabilan politik contohnya isu Brexit bagi England, Dasar Trump, Konflik diantara North Korea vs USA.

4. Kenaikan harga minyak dunia.

5. Pengeluaran Emas dunia berkurangan akibat faktor perubahan cuaca.


Faktor2 diatas sedang berlaku ketika ini. Harga Emas dijangka stabil dalam peningkatan.

Petikan dari Bloomberg Gold Analysis for 2018.

Jumaat, 12 Januari 2018

Ada Unsur Penipuan dalam Pembelian Emas???

Ada Unsur Penipuan dalam Pembelian dan Penjualan Emas?????

Lihatlah video terbaru oleh Pakar Urusniaga Emas dibawah untuk penjelasan yg lebih lengkap :-



Selasa, 9 Januari 2018

Steady as She Goes!!!!!

Hey...... dah 19 hari Harga Emas semakin meningkat "Steady as she goes". Apakah rekod kenaikan Tertinggi awal tahun 2011 akan berulang pada tahun 2018 ini. Itulah Emas, Kalis Inflasi, Kalis Cryptocurrency. Kalis Political Unstability. Ia berada dalam nilainya yg tersendiri. Korea Utara kata missile nya is capable of hitting US. Trump kata American Missile are much better than those of North Korean. Biarkan mereka.... As long as you ada Emas dalam simpanan bukan bergantung kepada ketidaktentuan nilai wang dalam simpanan...Apa nak dibimbangkan.
Is Gold's Monster Rally Just the Start of Great Things for the Metal?
KITCO.COM|BY KITCO NEWS

Isnin, 8 Januari 2018

Hmmm... Nilai Emas Public Gold

Beli Emas daripada Kedai2 Emas biasa seperti Poh Kong mithalnya -  Mesti ada resit dan Seal berkeadaan baik bila nak menjualnya. Spread atau Susut Nilai 25%

Beli Kijang Emas dari Maybank dan sebagainya Agak Baik Sebab ianya Tak Berseal. TETAPI :-

Tak boleh Hilang Sampul & Resit
Tak boleh calar, kemik dan sebagainya apabila untuk menjualnya kembali.


Beli Emas dengan Public Gold.
Tak perlu simpan Resit

Tak kisah Calar, Kemik atau Bengkok sebab Public Gold akan membelinya pada harga semasa yg tinggi. Spread atau Susut Nilai hanya diantara 4.5% hingga 8% sahaja!!!!!!!!.

Berbeza Harga

Saja ronda2 dgn Mem kat Mall Kuantan pagi nie. Survey harga Emas 999 kat beberapa Kedai biasa. Banyak kedai Kata offer price at RM201/gram. Harga semasa untuk hari ini kat Public Gold hanya RM188/gram. 

Banyak Beza..... Beb.

Mem sempat snap photo aku pulak tuu..

Selasa, 2 Januari 2018

Hutang Menurut Islam

Tiada Riba Berhutang Menurut Islam. Hutang 10 Dinar Emas Mesti Bayar 10 Dinar Emas. (Itu Tajuk Posting saya di Facebook sebelum ini)

Konsep Sistem Kewangan Islam khususnya dalam memberi hutang adalah bertujuan murni bagi membantu dalam memperbaiki taraf kehidupan mereka yang benar2 memerlukannya sahaja.  Ia memupuk sifat kasih sayang dan bertimbang rasa sesama insan dikalangan yang mampu dengan yang kurang berkemampuan. Yg penting perlu diingat ialah : Hutang dalam Islam hanya dipraktikan untuk mereka yg benar2 Terdesak memerlukannya sahaja.

Tidak seperti konsep Pinjaman Kredit oleh pihak Bank sekarang yang mana sistem keuntungan (riba???) dipraktikkan diatas dasar pihak yg memberi memerlukan sedikit faedah untuk membayar kos pengurusan, operasi dan juga mendapat keuntungan diatas pinjaman modal. Bahkan berbagai bentuk promosi dilakukan bagi menggalakkan mereka yg ingin berhutang.  Lazimnya, pihak yg rugi adalah mereka yg terdesak dalam memerlukan pinjaman kewangan untuk sesuatu tujuan yg akan mereka lakukan.  Konsep amalan seperti ini membuatkan penghutang berkedaan 2 kali terdesak atau rugi iaitu peringkat awal tiada wang dan peringkat kedua dapat pinjaman wang tetapi tertekan dengan kadar faedah yg dikenakan.  Sedangkan hasil pulangan dari wang yg dipinjam belum dapat dipastikan lagi.

Konsep Kewangan Islam yang ternyata Shumul dan tidak seperti konsep Bank. Dalam Islam, yg mampu memberi pinjaman dan penerima pinjaman terikat dengan pembayaran balik pada nilai pinjaman yg sama. Contohnya, A meminjam dari B 10 Dinar Emas melalui satu surat persetujuan bersama untuk membayar balik dalam tempoh 1 tahun. Maka apabila genap setahun A mesti membayar kepada B juga sebanyak 10 Dinar Emas seperti yg dipinjam setahun yg lalu.

Jadi dimana ada keuntungan Konsep Berhutang menurut Islam ini???
Jawapannya :-

  1. “Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.” (Q. S. Al-Baqarah ayat 245).
  2. Tidak ada kerugian sedikit pun oleh pemberi dan penerima hutang kerana masing2 mendapat jumlah yg mereka miliki dan perlukan. Walaupun nilai 10 Dinar Emas itu mungkin akan meningkat tetapi ia adalah hak pemberi hutang diatas dasar kalau dia simpan 10 Dinar Emas itu setahun pun kenaikan nilai yang sama juga akan beliau perolehi.
  3. Berbeza dengan pinjaman wang contohnya pinjaman RM10,000 tahun ini nilainya akan berkurang pada tahun akan datang. Pemberi pinjaman akan rugi akibat kejatuhan nilai bila menerima jumlah bayaran balik kelak.
4.    Hadith riwayat Ibnu Majah dari jalan Ibnu Mas’ud dari Nabi SAW:“Bahwa beliau (Nabi SAW) melaknat orang yang makan riba, orang yang menyerahkannya, para saksi serta pencatatnya.” (HR. Bukhari Muslim)



Bagitulah Hebat Nilai Emas dan Kesyumulan Konsep Berhutang dalam Islam.