Beli Emas

Emas adalah Aset yang mampu dimiliki sedikit demi sedikit bersesuaian dengan lebihan wang yang anda ada. Nilainya amat stabil dan sentiasa meningkat dalam jangka panjang berbanding dengan wang tunai. Kestabilan kehidupan anda dimasa hadapan akan lebih terjamin apabila anda mengumpulnya bermula dari sekarang.

Khamis, 30 November 2017

Sharing Success With the Community

Mad suka makan di Restoran Che Mah kerana masakannya sedap dan harga berpatutan. Mad mula kempen kawan2 akan keistimewaan Restoran Che Mah. Beliau telah melakukan kebaikan dalam mempromosikan Restoran Che Mah dan mungkin banyak pahala yg beliau perolehi. Restoran Che Mah semakin maju dan Mad kekal macam itulah menjadi pelanggan & pengempen yg setia.

Berbeza dgn Abu, beliau mengumpul & beli Emas dgn Public Gold. Apabila cukup jumlah belian, beliau dilantik menjadi Dealer kepada Public Gold. Beliau juga berkempen kpd rakan2 dan saudara mara akan kelebihan menyimpan Emas dan beliau syorkan supaya membeli di Public Gold yg mempunyai banyak cawangan dan agen2 Pos di seluruh Malaysia. Kesannya, ramai kawan2 & saudara beliau membeli Emas dgn Public Gold dan Public Gold menjadi semakin maju.


Apa yang Abu dapat dari kejayaan perniagaan Public Gold itu? Public Gold memberi 1% komisen kepada Abu dari setiap jumlah belian yg dibeli oleh rakan2 yg dikempennya. Bahkan belian Abu seterusnya dgn Public Gold pun beliau akan dapat pulangan 1% daripada jumlah jualan. Tidak ada target tertentu. Walaupun seorang rakan yg beli, Abu akan dapat pulangan komisen. Ini yg dinamakan Passive Income. Abu boleh duduk dirumah dan setiap bulan akan masuk wang komisen daripada belian rakan2nya.

Konsep ini dinamakan Sharing Success. Jauh berbeza dgn konsep Restoran Che Mah dimana status Mad kekal ditahap itu. Abu semakin agresif untuk mencapai standard dealer yg lebih tinggi kerana Public Gold akan meningkat kadar komisen 1.5%, 2.0% dan sebagainya kepada beliau nanti.

Abu puas hati kerana niatnya menyimpan emas tercapai dan dapat pula faedah sampingan hasil dari usaha menggalakkan orang membeli. Mad hanya memerhatikan saja.....

Rabu, 29 November 2017

Kata nya....

Beliau seorang yang Kontroversial. Tak kisah lah apa statusnya sekarang tetapi kita kena akui yang suatu ketika dulu beliau adalah Pemimpin Negara ini. Kita juga masih ingat yang di zaman beliau kedudukan kewangan agak stabil & kukuh. Kenyataan beliau baru2 ini berkenaan perkara dibawah perlu kita fikir semasak2nya. Wassalam

Ahad, 26 November 2017

Harga Emas tahun 2020???

Whoooooiiii!!!!!. Biar betul. 3 tahun saja lagi akan tiba tahun 2020. Tetapi kalau tak naik sampai RM500/gram pun dan dapat naik sekitar RM400/gram pun sudah cukup baik. Harga kini sekitar RM190/gram.

Yang membuat ramalan pula tuu ...bukan calang2 organisasi. Standard Charted amat terkenal di dunia. Standard Charted juga adalah anggota LBMA bersama2 Barclays Capital, Bank of China, Scotic Bank dan lain2 yang menentukan daily Gold Fix Price dunia. Haaa... haaa. tunggu apalagi. Hari ini akan jadi kelmarin dan tidak akan kunjung tiba lagi.

Masa itu Emas.... Hee...hee..hee. Emas lagi.

Sabtu, 25 November 2017


Betul ke bila harga minyak Naik harga emas akan Turun???
Graph perbandingan Crude Oil Price Vs Gold Price untuk 5 tahun dibawah membuktikan kesahihannya.
It's a Fact That :-
Harga Emas Naik bila Harga Minyak Naik!!!
Harga Emas Naik bila Nilai Duit Jatuh
Harga Emas Naik bila kadar Inflasi atau Harga Barang Naik.
Harga Emas Naik bila kestabilan negara atau politik bergolak
Harga Emas Naik bila Korea Utara asyik mencuba Missiles nya
Jadi, bila Harga Emas akan turun???

Jumaat, 24 November 2017

Ist. Step

Journey of Thousand Miles begin with the First Step - Lao Tzu.
Pada saya, kata2 diatas bermaksud penggerak langkah untuk berubah kearah mencapai sesuatu objektif atau matlamat. Kita tidak akan berubah dan hanya kekal statik ataupun ditakuk lama sekiranya kita tidak bergerak atau mengambil sesuatu tindakan. .

We can cristally see the light at the end of the Tunnel .... Tetapi kita hanya lihat dan tidak bergerak kesana.

Kita tahu emas amat bernilai dan nilainya kekal atau semakin meningkat berbanding dengan kelemahan wang tunai tetapi kita masih bergantung pada simpanan wang tunai. Kita tahu harga se gram emas RM35 duapuluh tahun dahulu dan satu gram emas yang sama kini bernilai RM190 atau 5 kali ganda atau 500% tetapi kita kata bodoh kenapa orang dulu tak simpan emas??? . Sebaliknya kita simpan tak????. 20 tahun lagi generasi kita akan tanya perkara yang sama.

You want to get rich???? You have to take your first step now!
Beli Emas dan simpan!!!!!!!!!

"Waiting, and doing nothing, do not create success, and do not help you achieve your goals. You need to act. You need to move toward your goal and not wait for the right time, the right circumstances or the right mood."

PM saya bagaimana untuk memperolehi your 1st. gram.
Wassalam.

Rabu, 22 November 2017

Beli Emas Sikit2


Nak beli emas.... tapi tidak ada wang simpanan???
Boleh!!! Simpan sikit2 secara bulanan. Asingkan sedikit wang pendapatan bulanan untuk beli emas sedikit demi sedikit. Mula beli dengan satu gram. Nilaian harga semasa dalam RM190/gram. Bulan depan beli lagi satu gram dan seterusnya setahun akan accumulate menjadi 12 gram.
Saya nasihatkan beli di Public Gold kerana ada beberapa pilihan jual/beli disini. 
1. Beli satu gram dengan membuka akaun GAP (Gold Accumulation Program) simpan dan membuat tambahan belian secara bulanan di Public Gold. Emas itu juga boleh diambil bila2 masa hanya dengan membayar premium (contohnya untuk 10gram premiumnya RM10) dan jongkong emas 10 gram itu milik anda untuk dibawa balik kerumah.
1. Beli terus secara retail juga di Public Gold pada harga semasa dan bawa balik.
Mengikut Ustaz Shamsul (kawan saya dalam FB ini) memberi cadangan dalam kuliah2 beliau iaitu Pendapatan Bulanan kita hendaklah dibahagikan kepada 7. 1 bahagian simpanan wajib. 2 bahagian simpanan biasa dan selebihnya untuk perbelanjaan harian bagi bulan berkenaan. Jadi gunakan 1 bahagian simpanan wajib itu untuk beli emas dan simpan.
Kenapa mesti beli dengan Public Gold ???(lihat posting saya sebelum ini) Tetapi saya akan terangkan lagi alasan kenapa mesti beli melalui Public Gold in my next posting .... Esok.

Selasa, 21 November 2017

Nilai Emas Kekal Stabil


Iya..... Ketika nilai emas stabil dan semakin meningkat, Nilai duit pula semakin merosot & menurun.

Saya masih ingat 50 tahun lepas, harga seekor kambing sekitar RM80 seekor kerana pada masa itu keluarga saya ada membela kambing di kawasan rumah. Kini harganya melebihi RM600 seekor. 50 tahun lepas juga sebiji karipap harganya 10sen. Kini, pada saiz karipap yg sama bernilai 50 sen sebiji. Ini menunjukkan, untuk mendapatkan sesuatu barang yg sama pada masa ini kita perlu bayar dengan nilai wang 5 atau 6 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan nilai wang pada masa dahulu. Bahkan nilai wang semasa semakin menurun dan merosot teruk.

Sebaliknya, 1 gram emas yang bernilai RM35 pada 50 tahun lepas telah meningkat nilainya kini kepada RM190 se gram..

Kesimpulannya, Mana lebih untung??? Kalau 50 tahun dahulu kita simpan 1 gram emas atau jangan beli emas pada masa itu dan simpan wang tunai RM35.

Jawapannya :- Pastinya emas kerana 1 gram yg kita simpan itu kini bernilai RM190. Manakala RM35 ringgit dahulu yang kita simpan semakin susut nilainya. Tidak boleh lagi membeli 1 gram emas dengan RM35. Mungkin hanya bernilai untuk membeli sekampit beras saja sekarang.

Agak2nya, Berapa nilai duit anda yang tersimpan dalam bank sekarang untuk tempoh 10 tahun akan datang?????

Fikir dengan teliti dan buat keputusan yang tepat!
Nasihat saya, beli emas dan simpan untuk kesenangan anda dan generasi di masa hadapan.
Nota : Macam mana nak beli emas dengan wang simpanan sekarang tidak mencukupi???? Mudah!!! Jawapan saya di next Posting. Wassalam

Sabtu, 18 November 2017

Gred Ketulenan Emas

Ketulenan quality Emas diukur berdasarkan nilai Carat atau Karat.  Perkataan Karat ini adalah dari perkataan Latin Keration yg merujuk kpd biji kacang Carob. Kacang ini berwarna hitam keras yg lazimnya orang beli di Mekah.  Biji kacang Carob ini sama saja saiznya digunakan sebagai Standard untuk menentukan Timbangan Emas di zaman permulaan terjumpanya Emas. 

24 karat
1 carat atau ada orang panggil karat bersamaan 4.166gram emas raw/asal. Jadi pada kepadatan satu objek 24 karat bermaksud 
  
24 x 4.166   =  99.9% Emas.

Ada orang panggil Emas 999 dan ada juga orang panggil Emas 10

22 karat
Emas 22 karat merujuk kepada  hanya ada 22 daripada 24 bahagian emas dalam sesuatu objek.

22 x 4.166   =  91.6%

Ada orang panggil Emas 916

Bagitulah seterusnya kiraan kepada Emas 21, 20 karat dan sebagainya.

18 karat
Emas 18 karat ialah Emas 750 atau composition og 75% Emas selebihnya campuran alloy seperti copper, batu2 kecil dan emas peringkat ini selalunya dalam bentuk Cincin Pertunangan atau Kahwin. Harganya adalah pada 75% daripada Pure Gold of 24 carats. 

Ada juga emas 14 karat yg orang tua2 dulu panggil Emas Campur. Bagi lelaki yg nak pakai emas hanya harus pada campuran 9 karat saja. Ia dinamakan Suasa. 

Melalui visual kita sudah boleh menentukan jenis2 emas tersebut. Warna Emas 24 karat ialah pekat Orange Kekuningan. Kurang kepekatan Orange kekuningannya jatuh kepada yg kurang dari 24 karat seperti 22, 18 dan sebagainya.