Beli Emas

Emas adalah Aset yang mampu dimiliki sedikit demi sedikit bersesuaian dengan lebihan wang yang anda ada. Nilainya amat stabil dan sentiasa meningkat dalam jangka panjang berbanding dengan wang tunai. Kestabilan kehidupan anda dimasa hadapan akan lebih terjamin apabila anda mengumpulnya bermula dari sekarang.

Khamis, 15 Mac 2018

Bezanya Cerdik dan Pandai

Orang zaman sekarang pandai mengambil hati anak2 dgn memberi berbagai hadiah harilahir contohnya seperti Teddy Bear, alat muzik dan ada ibubapa yg istiqamah menyimpan wang tunai ke dalam akaun anak2. Ada yg mampu contribute secara simpanan bulanan.

Mereka yg pandai ini mengharapkan 20 tahun akan datang jumlah simpanan akan accumulate (termasuk faedah) kepada RM20,000 mithalnya.

Adakah anak kita yg bijak & pintar akan menghargai sumbangan kita bila beliau berumur 20 tahun akan datang???

Kalau anak itu hanya so..so serupa ibubapanya yg pandai mungkin beliau akan hargai. Kalau anak itu Cerdik pasti dia akan berfikir yg nilai RM20,000 pada 20 tahun yg lepas mungkin boleh beli kereta proton saga cash. Tapi RM20,000 pada usianya 20 tahun sekarang mungkin hanya boleh bayar Downpayment utk kereta yg sama saja.

Dia akan berfikir lagi iaitu bagaimana ibubapa aku tidak Cerdik utk menyimpan 1 gram emas sebulan keatas nama aku. Kini umur aku 20 tahun aku sepatutnya sudah ada 240 gram emas. Nilai 1 gram emas 20 tahun lalu hanya sekitar RM40. Hari ini, selepas 20 tahun nilainya adalah RM182/gram. Jadi jumlah nilai 240 gram ketika ini ialah RM43,680.

Agak2nya Tindakan Ibubapa yg mana yg akan lebih dihargai?
Terpulang.... Kalau anda pandai mungkin simpan wang sudah memadai. Tetapi kalau anda Cerdik sudah semestinya simpanan dalam bentuk Emas lebih menguntungkan utk anak2 tersebut.

Rabu, 14 Mac 2018

Bukan harga barang yg Naik Tapi Nilai Duit yg Jatuh

Dibawah ini adalah komen saya kepada seorang rakan dalam FB ini yg singgah di sebuah warung Nasi Lemak dimana dulunya (semasa muda) dia beli RM0.60 sebungkus. Kini bernilai RM1.20 sebungkus.

"Nasi lemak, karipap dan lain2 makanan tuu memang sama Tuan. Bukan bertambah mahal Tetapi nilai duit kita yg semakin jatuh. Nasi lemak, karipap tetap sebesar itu. Kita hanya mesti ada nilai duit yg lebih untuk membelinya pada masa sekarang.

Sebab tuu orang2 yg cerdik sikit dia tak simpan duit banyak sebaliknya dia beli emas dan simpan sebab harga emas sentiasa meningkat. Dulu ketika nasi lemak 60sen, nilai emas Rm40 satu gram. Kini bila nasi lemak naik RM1.20 nilai emas meningkat 5 kali ganda kepada RM182/gram. Nasihat saya ...beli emas dan simpan."

The Richest Man in Babylon

"The Richest Man in Babylon" adalah sebuah buku yg menceritakan seorang hamba Allah bernama Arkad yg susah di permulaan kehidupan akhirnya bertukar menjadi orang yg Terkaya di Babylon.

Raja Babylon iaitu Raja Sargon memerintahkan Arkad supaya mendidik rakyat lain akan bagaimana rahsia beliau boleh menjadi kaya raya. Penasihat Diraja mengumpulkan 100 orang rakyat bagi setiap sesei penerangan oleh Arkad secara berjadual.

Ayat pertama Arkad ketika memulakan sesei penerangan ialah :-
" Saya tidak mempunyai apa2. Saya bagitu ralat apabila melihat Dompet saya sentiasa kosong. Saya mengimpikan Dompet itu menjadai kembung dan Bergemerencing dengan bunyi Emas"

Terima kasih kpd Hj Shams Emas kerana rekomenkan buku ini utk bacaan. 
Highly Inspiring.

Khamis, 8 Mac 2018

Orang yang Berjaya

Banyak yg kita dengar dari pakar2 Motivasi yg menghuraikan berpuloh ciri2 Orang yg Berjaya.

Pada aku hanya ada 3 Faktor penting yg membuatkan sesaorang itu Berjaya dalam Kehidupan melalui hasil usahanya dengan Izin atau Berkat dan Rahmat dari Allah SWT. Mereka ini tidak semestinya gulungan intelek, profesional dan sebagainya. Mereka berbeza dengan orang kebanyakkan (so....so atau biasa2 saja) yg selesa di zone mereka sendiri sehingga keakhir hayat. Orang yg Berjaya ini nampak biasa dan ada dikalangan orang susah, pekerja bawahan dan sebagainya yg akhirnya menjadi orang yg berjaya dalam kerjaya dan kehidupan.

3 Faktor yg membuat sesaorang itu berjaya melebihi orang lain adalah;-

1. Berani mengambil tindakan dan membuat keputusan untuk keluar dari kepompong keselesaan.

2. Fokus dan Jelas dengan matlamat hidup untuk menjadi yg Terbaik yg boleh dicapainya (The Best that he/she could achieved)

3. Yakin, Gigih dan pandai menilai sebarang Peluang yg ada bagi meningkatkan taraf kedudukannya.

Terlalu sedikit dari kalangan manusia yg "Walk the Talk" akan 3 Faktor diatas. Selebihnya yg ramai adalah gulongan "Wait & See" dan selesa dengan apa yg ada.

Ahad, 4 Mac 2018

Keazaman Menyimpan untuk Kekayaan

Kita memberi alasan, tidak boleh Menyimpan sebahagian dari Pendapatan kerana Perbelanjaan kita amat besar dan hampir melebihi pendapatan.

Realitinya, semakin besar pendapatan kita semakin besar pula perbelanjaan kecuali kita mempunyai Keazaman yg tinggi untuk mengawal perbelanjaan kita itu.

Kesilapan besar yg kita lakukan ialah Menyimpan apa yg lebih dari Perbelanjaan. Sedangkan orang2 kaya yg dulunya miskin Menyimpan dulu sebahagian dari Pendapatan dan selebihnya barulah di belanjakan.

Sebenarnya, Perbelanjaan adalah dibawah kawalan kita. Penyimpanan adalah Keazaman untuk kekayaan atau kesenangan dimasa depan.

Cara Pengiraan Moving Average


Pembeli dan Penyimpan Emas Mesti tahu cara Mengira “Moving Average” bagi mengetahui kedudukan terkini Jumlah Emas yg dimiliki serta Purata modal yg telah di keluarkan.  

Contoh Pengiraan “Moving Average” adalah seperti berikut:-

No.      Tarikh            Berat Belian (Gram)           Harga Belian (RM)
1.         24/4/2015                  50                                            6750
2.         27/9/2015                  30                                            4200
3.         03/6/2016                  20                                            2900
4.         10/9/2016                  50                                            7750
5.         13/5/2017                  20                                            3500
6.         03/3/2018                  10                                            1820
Jumlah :-                         180                                       26920                 

Jadi   “Moving Average” ialah :-           26920/180
                                                   RM149.56 per Gram.

Moving Average menunjukkan bahawa untuk mendapatkan keuntungan daripada modal yg dikeluarkan untuk membeli emas sebelum ini Maka Jualan hanya boleh dilakukan bila harga semasa melebihi “Moving Average” diatas.

Contohnya, Harga hari ini ialah RM182/gram.  

Kalau kita jual semua 180 gram yg kita miliki hari ini maka kita akan mendapat   RM182 x 180 gram =       RM32760

KEUNTUNGAN =  RM32,760 – RM26,920
                              RM5,840 atau 22%.

Sabtu, 3 Mac 2018

Kekayaan Sebenar

Kekayaan sesaorang bukan terletak kepada jumlah wang yang banyak dalam dompetnya atau dalam akaun simpanan banknya. Kerana nilai wang semakin susut dan tidak menambah sealiran dengan perubahan masa. Bahkan telah terbukti terdapat bank2 yang telah ditutup akibat kejatuhan nilai wang yang semakin teruk.

Kekayaan sebenar merujuk kepada jumlah simpanan yang boleh menjana pendapatan atau tambahan nilai kepada simpanan atau penyimpan itu secara berterusan sealiran dengan perubahan masa.

Apakan bentuk simpanan yg terbukti sentiasa menambah nilai khususnya dalam jangka panjang?????.