Beli Emas

Emas adalah Aset yang mampu dimiliki sedikit demi sedikit bersesuaian dengan lebihan wang yang anda ada. Nilainya amat stabil dan sentiasa meningkat dalam jangka panjang berbanding dengan wang tunai. Kestabilan kehidupan anda dimasa hadapan akan lebih terjamin apabila anda mengumpulnya bermula dari sekarang.

Jumaat, 1 Februari 2019

Hari ini 1/2/2019 ialah RM188/gram dan semakin meningkat.

Lama saya tak cakap pasal emas nie... tapi bila harga agak tinggi sekarang ....saya cakaplah sikit...sifir mudah utk difahami berkenaan kebaikkan Membeli & Menyimpan Emas.
Saya ada membeli beberapa kali sebelum ini. Moving Average atau purata belian simpanan terkumpul emas saya (dalam 2 tahun) utk balik modal jika dijual ialah RM174/gram.
Hari ini, 1/2/2019 harga emas telah naik kepada RM188/gram. Ini bermakna, kalau saya jual 1gram hari ini saya akan untung RM14/gram. Kalau saya jual semua emas terkumpul yg saya ada, agak2 berapa ya?????
Ohhh.....jauh lumayan perolehannya dari Hibah Tabung Haji atau ASB. Tapi masih ramai yg tak mahu beli & simpan emas!!!!!

Jumaat, 18 Mei 2018

Emas untuk Masa Depan

Khabarnya ada lebih kurang 100kg gold bar dalam satu rampasan oleh pihak polis baru2 ini. Ini menunjukkan betapa pentingnya Emas utk disimpan sebagai pemangkin kekayaan dimasa hadapan. Mu bila lagi nak beli & simpan emas? Simpanan wang tunai tidak menjamin kestabilan nilainya yg semakin merosot dari masa ke semasa. Hubungi saya Atau whatsapp 0197503665 utk memulakan pembelian & penyimpanan sebagai aset kekal bernilai zaman ber zaman.

Ahad, 15 April 2018

Pergerakkan Harga Emas Dunia.

Cuba kita lihat Pergerakkan Harga Emas Dunia pada hari ini 15/04/2018 berbanding 15/04/2008 dan 15/04/1998. Maksudnya, pergerakkan harga untuk setiap 10 Tahun.
Persoalannya:-
1. Adakah Wang Tunai Anda sebanyak RM36.00 pada 15/4/1998 telah meningkat kepada RM167.85 kini???
2. Adakah Nilai RM36.00 pada 15/4/1998 sama dengan Nilai pada hari ini???...
See more

Khamis, 15 Mac 2018

Bezanya Cerdik dan Pandai

Orang zaman sekarang pandai mengambil hati anak2 dgn memberi berbagai hadiah harilahir contohnya seperti Teddy Bear, alat muzik dan ada ibubapa yg istiqamah menyimpan wang tunai ke dalam akaun anak2. Ada yg mampu contribute secara simpanan bulanan.

Mereka yg pandai ini mengharapkan 20 tahun akan datang jumlah simpanan akan accumulate (termasuk faedah) kepada RM20,000 mithalnya.

Adakah anak kita yg bijak & pintar akan menghargai sumbangan kita bila beliau berumur 20 tahun akan datang???

Kalau anak itu hanya so..so serupa ibubapanya yg pandai mungkin beliau akan hargai. Kalau anak itu Cerdik pasti dia akan berfikir yg nilai RM20,000 pada 20 tahun yg lepas mungkin boleh beli kereta proton saga cash. Tapi RM20,000 pada usianya 20 tahun sekarang mungkin hanya boleh bayar Downpayment utk kereta yg sama saja.

Dia akan berfikir lagi iaitu bagaimana ibubapa aku tidak Cerdik utk menyimpan 1 gram emas sebulan keatas nama aku. Kini umur aku 20 tahun aku sepatutnya sudah ada 240 gram emas. Nilai 1 gram emas 20 tahun lalu hanya sekitar RM40. Hari ini, selepas 20 tahun nilainya adalah RM182/gram. Jadi jumlah nilai 240 gram ketika ini ialah RM43,680.

Agak2nya Tindakan Ibubapa yg mana yg akan lebih dihargai?
Terpulang.... Kalau anda pandai mungkin simpan wang sudah memadai. Tetapi kalau anda Cerdik sudah semestinya simpanan dalam bentuk Emas lebih menguntungkan utk anak2 tersebut.

Rabu, 14 Mac 2018

Bukan harga barang yg Naik Tapi Nilai Duit yg Jatuh

Dibawah ini adalah komen saya kepada seorang rakan dalam FB ini yg singgah di sebuah warung Nasi Lemak dimana dulunya (semasa muda) dia beli RM0.60 sebungkus. Kini bernilai RM1.20 sebungkus.

"Nasi lemak, karipap dan lain2 makanan tuu memang sama Tuan. Bukan bertambah mahal Tetapi nilai duit kita yg semakin jatuh. Nasi lemak, karipap tetap sebesar itu. Kita hanya mesti ada nilai duit yg lebih untuk membelinya pada masa sekarang.

Sebab tuu orang2 yg cerdik sikit dia tak simpan duit banyak sebaliknya dia beli emas dan simpan sebab harga emas sentiasa meningkat. Dulu ketika nasi lemak 60sen, nilai emas Rm40 satu gram. Kini bila nasi lemak naik RM1.20 nilai emas meningkat 5 kali ganda kepada RM182/gram. Nasihat saya ...beli emas dan simpan."

The Richest Man in Babylon

"The Richest Man in Babylon" adalah sebuah buku yg menceritakan seorang hamba Allah bernama Arkad yg susah di permulaan kehidupan akhirnya bertukar menjadi orang yg Terkaya di Babylon.

Raja Babylon iaitu Raja Sargon memerintahkan Arkad supaya mendidik rakyat lain akan bagaimana rahsia beliau boleh menjadi kaya raya. Penasihat Diraja mengumpulkan 100 orang rakyat bagi setiap sesei penerangan oleh Arkad secara berjadual.

Ayat pertama Arkad ketika memulakan sesei penerangan ialah :-
" Saya tidak mempunyai apa2. Saya bagitu ralat apabila melihat Dompet saya sentiasa kosong. Saya mengimpikan Dompet itu menjadai kembung dan Bergemerencing dengan bunyi Emas"

Terima kasih kpd Hj Shams Emas kerana rekomenkan buku ini utk bacaan. 
Highly Inspiring.

Khamis, 8 Mac 2018

Orang yang Berjaya

Banyak yg kita dengar dari pakar2 Motivasi yg menghuraikan berpuloh ciri2 Orang yg Berjaya.

Pada aku hanya ada 3 Faktor penting yg membuatkan sesaorang itu Berjaya dalam Kehidupan melalui hasil usahanya dengan Izin atau Berkat dan Rahmat dari Allah SWT. Mereka ini tidak semestinya gulungan intelek, profesional dan sebagainya. Mereka berbeza dengan orang kebanyakkan (so....so atau biasa2 saja) yg selesa di zone mereka sendiri sehingga keakhir hayat. Orang yg Berjaya ini nampak biasa dan ada dikalangan orang susah, pekerja bawahan dan sebagainya yg akhirnya menjadi orang yg berjaya dalam kerjaya dan kehidupan.

3 Faktor yg membuat sesaorang itu berjaya melebihi orang lain adalah;-

1. Berani mengambil tindakan dan membuat keputusan untuk keluar dari kepompong keselesaan.

2. Fokus dan Jelas dengan matlamat hidup untuk menjadi yg Terbaik yg boleh dicapainya (The Best that he/she could achieved)

3. Yakin, Gigih dan pandai menilai sebarang Peluang yg ada bagi meningkatkan taraf kedudukannya.

Terlalu sedikit dari kalangan manusia yg "Walk the Talk" akan 3 Faktor diatas. Selebihnya yg ramai adalah gulongan "Wait & See" dan selesa dengan apa yg ada.