Beli Emas

Emas adalah Aset yang mampu dimiliki sedikit demi sedikit bersesuaian dengan lebihan wang yang anda ada. Nilainya amat stabil dan sentiasa meningkat dalam jangka panjang berbanding dengan wang tunai. Kestabilan kehidupan anda dimasa hadapan akan lebih terjamin apabila anda mengumpulnya bermula dari sekarang.

Sabtu, 9 Disember 2017

Bagaimana Harga Emas di Tentukan???

Satu persoalan yg menarik terutama kepada para pelabur dan penyimpan Emas. Harga Emas ditentukan oleh satu organisasi dunia yg berpusat di London England dan harga yang dikeluarkan oleh organisasi ini diterima pakai oleh seluruh negara di dunia.

Organisasi ini dinamakan sebagai LBMA singkatan dari London Bullion Market Association. Bullion bermaksud Emas dalam bentuk lump/bulk atau raw. Ia dianggotai oleh 5 wakil dari syarikat2 besar dunia, seperti dari pihak Bank Kewangan Besar Dunia yang mewakili lebih 100 gabungan Bank2 lain. Gold Refiners, Lembaga Kewangan, Stakeholder Emas Dunia dan Peneraju Perdagangan Emas. 

Wakil dari ke lima organisasi ini akan bermesyuarat secara harian melalui Televideo Conferencing bagi menentukan harga Emas semasa yg dikeluarkan dua kali sehari iaitu pada jam 10.30 pagi dan 3 petang waktu London. Banyak faktor yg diambil kira sebelum persetujuan penentuan dibuat seperti, Anggaran permintaan semasa, jumlah pengeluaran, production cost oleh refiners dan sebagainya. 

Keputusan harga dikeluarkan dalam US Dollar bagi nilai 1 Ounce (Oz). I oz atau 1 troy oz Emas adalah bersamaan 31.1gram.  Sekiranya purata urusniaga Emas harian dunia sekitar 20,000 troy oz (sekitar 622kg) maka harga pasaran harian kekal tidak berubah. Harga yg dikeluarkan ini juga dinamakan sebagai Gold Fix. Oleh kerana penentuannya dibuat 2 kali sehari maka harga semasa yg berbuah setiap saat diujudkan dan dinamakan sebagai "Spot Price". Faktor penentuan Spot Price adalah berdasarkan kepada harga Gold Fix yg tidak berubah sehingga harga baru dikeluarkan. Malaysia dan negara2 lain didunia menerima pakai "Spot Price" ini dalam menentukan harga pasaran semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan