Beli Emas

Emas adalah Aset yang mampu dimiliki sedikit demi sedikit bersesuaian dengan lebihan wang yang anda ada. Nilainya amat stabil dan sentiasa meningkat dalam jangka panjang berbanding dengan wang tunai. Kestabilan kehidupan anda dimasa hadapan akan lebih terjamin apabila anda mengumpulnya bermula dari sekarang.

Isnin, 11 Disember 2017

Bagaimana Harga Emas ditentukan.

Artikel ini adalah sambungan kepada Artikel saya yang lepas diatas tajuk yang sama iaitu Bagaimana Harga Emas di Tentukan?

Spot Price adalah harga yg digunapakai untuk menentukan harga pasaran semasa (Setiap saat) oleh peniaga emas tempatan termasuk Kedai2 Emas dalam negara.  Harga Gold Fix dari LBMA hanya dijadikan dasar panduan dalam menentukan Spot Price yg juga dikeluarkan di London dan ia lebih kepada harga cadangan daripada Wakil2 Pengeluar Emas dalam LBMA. Spot Price tidak banyak beza dengan harga keputusan LBMA.  Sebelum ini saya dah maklumkan bahawa LBMA hanya mengeluarkan keputusan Harga sebanyak 2 kali sehari iaitu pada jam 10.30 pagi dan 3 petang waktu London. Jadi harga setiap minit diantara jam 10.30 pagi hingga 3 petang dan 3 petang hingga 10.30 pagi esoknya itulah diujudnya Spot Price.

Spot Price diterima pakai oleh Bank Negara Malaysia diikuti Bank2 tempatan. Sepatutnya Goldsmith Shop yg bersepah di seluruh negara menggunakan Spot Price ini dalam menentukan harga pasaran harian mereka.  Poh Kong, Wah Chan, Tong Seng Goldsmith, Bunga Raya Kedai Emas ke kena ikut Spot Price ini.  Tetapi mereka masih jual pada harga yg menguntungkan mereka kerana beberapa sebab seperti dibawah.

  1. Alasan stok masih banyak pada harga lama.
  2. Harga Emas bukan dibawah Harga Kawalan.
Contohnya harga Emas pada Isnin minggu lepas di Minah Kedai Emas adalah RM190/gram.  Tiba2 Isnin minggu ini Spot Price bagi Harga Emas turun kepada  RM180/gram. Minah Kedai Emas masih menjual pada harga minggu lepas iaitu RM190/gram.  Setiap satu gram yg dijual kedai ini memperolehi keuntungan RM10/= 

Walaupun Kedai2 Emas bernaung dibawah Kesatuan  FGJAM (Federation of Gold & Jewellers Association of Malaysia) tetapi FGJAM memberi kelonggaran kepada ahli2nya memasarkan emas pada harga diantara 10 hingg 15% lebih tinggi dari Spot Price.  (FGJAM di tubuhkan pada 1978) Harga pasaran itu belum termasuk kos upah bagi setiap jenis produk yang kedai2 emas itu jual. Biasanya mereka akan charge 10 hingga 15% peratus lagi atas kos upah. Perlu juga diingat yang harga emas jualan di kedai2 emas juga mengenakan GST kepada pembeli.

Jauh berbeza dengan Public Gold dimana harga pasaran terus mengikut Spot Price dan dikeluarkan setiap 20 minit 24 jam sehari.  Tidak ada kos upah dan juga tidak ada kos GST yang dikenakan. Oleh itu kenapa kita masih tercari2 kedai emas untuk membeli Emas?  Pilihan membeli di Public Gold ada dimana2 diseluruh Cawangan negeri di Malaysia termasuk Sabah & Serawak. Bukan saja di Cawangan Public Gold malah kita juga boleh membeli, menjual dan menggadai di Pejabat2 Pos besar diseluruh Malaysia. Ar Rahnu Pos telah dilantik menjadi agen pemasaran kepada Public Gold.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan