Beli Emas

Emas adalah Aset yang mampu dimiliki sedikit demi sedikit bersesuaian dengan lebihan wang yang anda ada. Nilainya amat stabil dan sentiasa meningkat dalam jangka panjang berbanding dengan wang tunai. Kestabilan kehidupan anda dimasa hadapan akan lebih terjamin apabila anda mengumpulnya bermula dari sekarang.

Selasa, 26 Disember 2017

Faham Akaun Akan Jadi Kaya (4)

Nak jadi kaya, mindset kita kena tune betul2.
Peribahasa ini mesti ada dalam kepala iaitu :-

Berdikit2 lama2 jadi bukit.
Bersusah2 dulu bersenang2 kemudian
Jangan jadi Ayam, Berkokok bergegar2 ekor bergelumang taik.

Mindset orang kaya Hanya menambahkan Aset.
Bagaimana nak tambah Aset jika cash flow kita yg tidak banyak?????.

Mudah saja Bang!!!. 

Aset terbahagi kepada 3 saja. (Dibeli secara Tunai)
  1. Tanah
  2. Rumah
  3. Emas
Orang kata “Ukur baju dibadan sendiri”
Kalau kita tak mampu beli tanah,--- beli rumah.
Kalau tak mampu beli rumah, ---- BELI  EMAS.

Semua orang yg ada cash flow nya minima RM200 sebulan TENTU MAMPU utk membeli 1 gram emas. Ia akan menjadi Aset. Setahun 12 gram, 5 tahun 60 gram. Nilai emas pula semakin meningkat dalam jangka panjang. Itu baru belian RM200 sebulan. Katakan lah kita bayar ansuran bulanan rumah RM1500 sebulan dan wang ini kita tak beli rumah lagi dan beli Emas kita akan dapat dalam 8 gram. Kalau setahun 96gram. 5 tahun kita sudah kumpul 480gram dan nilai pada masa itu ialah minima RM100,000.  Ia sudah menjadi aset kita.

Purata kenaikan nilai tahunan Emas sebelum ini adalah paling kurang 15%  setahun.  Jadi, Nilai simpanan secara istiqamah 8 gram sebulan selama 10 tahun dicampur dengan peningkatan nilai minima 15% setahun menjadikan jumlah aset  terkumpul  kita adalah sebanyak RM280,000.  Bermakna,  dalam 10 tahun kita sudah boleh beli sebuah rumah 2 tingkat cash.

Dan kita kaya selepas itu kerana liabiliti bulanan kita hanya tertumpu kepada belanja utiliti sahaja.  Bermaksud,  kita Tidak menanggung beban hutang sampai ke tua. Bahkan kita boleh mengumpul aset baru pula untuk membeli aset2 lain seperti Tanah2 Dusun, Rumah Banglow, Kereta2 yg kita idamkan, Emas dan sebagainya secara TUNAI kerana kita bebas dari Bebanan Liabiliti.  Itu baru dinamakan Kaya.
Nah!!!!!  Saya dah buktikan yang menyimpan Emas akan membuatkan anda kaya.  Saya sendiri ralat kerana tidak menyimpan Emas 30 tahun lalu tetapi saya amat faham konsep akaun sebenar iaitu aset perlu sentiasa bertambah dan  liabiliti mesti ditahap terendah.  Saya abaikan nasihat ibubapa saya yang menyuruh saya beli rumah diperingkat awal bekerja dengan alasan tidak mahu menanggung beban hutang dan akan cuba membeli secara tunai bila simpanan mencukupi.

Peringkat awal pekerjaan saya hanya menyewa rumah yg sederhana. Rumah separuh concrete dan kayu.  Paling besar rumah yg saya sewa ialah Rumah Teres setingkat 3 bilik dengan kadar sewaan RM300/sebulan.  Rakan2 saya yg sama jawatan menyewa Rumah 2 Tingkat dan ada yg sewa Bunglow dalam RM1500/sebulan sebelum mereka pindah kerumah mereka yg baru dibeli yg sedang dalam pembinaan.  Kereta permulaan saya hanya kereta Mini Austin Secondhand.  Saya lebih banyak guna motorsikal ketempat kerja. Saya hanya beli rumah selepas 15 tahun bekerja. Rumah pertama, saya bayar downpayment lebih dari separuh dan settle full payment hanya dalam 5 tahun. Rumah kedua di Damansara, KL dan ketiga sebuah Bunglow berserta tanah di Kuantan yg saya bayar dengan cash ketika saya masih bekerja.

Beberapa tanah Dusun Buah2an dan beberapa kenderaan saya pun dibeli dengan tunai. Itu kerana mindset saya ketika itu tidak mahu bayar bunga atau interest kepada orang khususnya Bank.  Kini, saya tidak mempunyai satu sen hutang pun dengan pihak bank.  Liabiliti saya hanya perbelanjaan harian dan bil2 utiliti bulanan. Aset saya mengeluarkan hasil dan menambah kepada pendapatan. Dusun2 mengeluarkan hasil, Homestay mengeluarkan hasil. Rumah di KL nilainya meningkat 3 kali ganda dan semakin meningkat.

Kalaulah saya beli dan simpan emas dan tidak menyimpan kesemuanya dalam bank dahulu sudah tentu lebih banyak aset yg boleh saya miliki. It’s OK. It’s better late than never. Saya beli dan menyimpan emas sekarang.

Anda yg muda2 tuu.... patut beli Emas sekarang kalau nak kaya atau senang dimasa hadapan.


Sambung esok  ..... (Bahagian Terakhir).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan