Beli Emas

Emas adalah Aset yang mampu dimiliki sedikit demi sedikit bersesuaian dengan lebihan wang yang anda ada. Nilainya amat stabil dan sentiasa meningkat dalam jangka panjang berbanding dengan wang tunai. Kestabilan kehidupan anda dimasa hadapan akan lebih terjamin apabila anda mengumpulnya bermula dari sekarang.

Jumaat, 15 Disember 2017

Hati Emas.

Post istimewa aku untuk hari ini..... Kita dengar lagu pulak ya...
Lagu ini juga menjadi nostalgia kepada aku kerana melalui lagu ini aku muncul mendapat Tempat Ketiga Pertandingan Karaoke di kalangan semua Eksekutif Retail Business di sebuah Hotel Terkenal. Yg lebih menarik ketika itu ialah hadiah di sampaikan oleh CEO Petronas Dagangan sendiri. Aku masih ingat kata2nya ketika penyampaian hadiah iaitu "Aku tak tahu yg Hang boleh nyanyi Lee".
Bukan setakat pertandingan disini saja.... aku pernah muncul Naib Johan pertandingan Karoeke Hari Keluarga Petronas Dagangan Wilayah Tengah yg diadakan di sebuah Hotel Terkenal di Melaka. Oleh kerana peserta2 terlalu hebat ketika itu .... aku tak tunggu sampai habis kerana takut nak dengar keputusan dan balik ke bilik bersama isteri. Tiba2 dalam jam 12 malam ada orang ketuk pintu bawa hadiah (anak buah aku yg naik kepentas mengambilnya dan dia ada dalam friend list disini) dan dia kata yg aku muncul Naib Johan. Johan dimenangi oleh Staff yg biasa menyanyi dengan Okestra Petronas.
Haaa....haaa...Nostalgia!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan