Beli Emas

Emas adalah Aset yang mampu dimiliki sedikit demi sedikit bersesuaian dengan lebihan wang yang anda ada. Nilainya amat stabil dan sentiasa meningkat dalam jangka panjang berbanding dengan wang tunai. Kestabilan kehidupan anda dimasa hadapan akan lebih terjamin apabila anda mengumpulnya bermula dari sekarang.

Sabtu, 9 Disember 2017

Penemuan Emas

Kewujudan Emas

Sejak tahun 1880-an, Afrika Selatan telah menjadi sumber kepada dua pertiga bekalan emas dunia. Bandar Johannesburg dibina di atas jumpaan emas terbesar di dunia. Kawasan lombongan emas di Orange Free State dan Transvaal adalah amat dalam dan kawasan ini merupakan kawasan perlombongan terdalam di dunia. Peperangan Boer 1899 - 1901 di antara orang British dan orang-orang putih Boer sebahagiannya berpunca daripada hak pelombong dan pemilikan emas yang kaya di Afrika Selatan. Lombong-lombong di Dakota Selatan dan Nevada membekalkan dua pertiga daripada emas yang digunakan di Amerika Syarikat.

Emas dalam bentuk semula jadi
Takat lebur bagi emas ialah 1064.18 °C,  dan takat didihnya 2856 °C.   Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k). Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)  Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).


Perlombongan Emas Di Malaysia


Perlombongan emas di Malaysia hanya terhad di beberapa kawasan sahaja, ia dikenali sebagai Jalur Tengah yang terbentang dari kawasan tanah tinggi Batu Melintang, Jeli, Kelantan, sehingga Gunung Ledang di Johor. Lombong terbesar yang masih aktif di Malaysia adalah di Penjam,kuala lipis, ia mengeluarkan hampir 95% pengeluaran emas Malaysia. 

Tempat lain yang masih aktif adalah di Kuala Selinsing, Damar Reef dan Tersang di Pahang.  Selain itu masih ada 5 lagi lombong di Jeli dan 6 lombong sekitar kawasan Raub, kuala Lipis di Pahang masih digali untuk aktiviti perlombongan komersial. Kesan dari penjajahan British keatas tanah melayu dari tahun 1817 sehingga 1957 menyaksikan hampir semua emas negara telah dikorek habis habisan oleh penjajah seperti di bekas-bekas lombong di Jeli, Gua Musang dan Tanah Merah, Kelantan yang kini menjadi lombong mati.

Pada tahun 2008, negara dikejutkan dengan penemuan emas di Pantai Mersing dari kesan “Gold Rush” pada Jalur Timur iaitu selari dengan Jalur emas di Lubuk Mandi, Terengganu yang telah ditutup tetapi dibuka semula pada tahun 2002.Hanya terdapat dua jenis emas di Malaysia iaitu Au-Cu-Ag-Zn di Jalur tengah dan Au-Cu di Jalur timur. Ia biasanya berada di lereng-lereng bukit di kawasan tadahan air sungai. Sungai yang biasa dikaitkan dengan emas adalah sungai Jelai dan Koyan di Pahang.Pada awal tahun 2010 kita dikejutkan sekali lagi dengan penemuan “emas” di Pendang, Kedah di kawasan kuari yang telah ditutup tetapi setelah kajian dilakukan, “emas” tersebut sebenarnya adalah “Pyrite” iaitu mineral yang biasa digunakan untuk membuat emas palsu. Pendang di kedah adalah selari dengan Jalur Barat yang kaya dengan bijih timah suatu masa dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan