Beli Emas

Emas adalah Aset yang mampu dimiliki sedikit demi sedikit bersesuaian dengan lebihan wang yang anda ada. Nilainya amat stabil dan sentiasa meningkat dalam jangka panjang berbanding dengan wang tunai. Kestabilan kehidupan anda dimasa hadapan akan lebih terjamin apabila anda mengumpulnya bermula dari sekarang.

Khamis, 21 Disember 2017

Cryptocurrency - Bitcoin (Akhir)

Hari ini masuk ke Post yg kelima dan Terakhir berkenaan Cryptocurrency - Bitcoin.
Aku rasa siapa yg baca dari Post 1 hingga kini sudah faham apa itu Cryptocurrency yg menghasilkan Bitcoin. Post ke 5 ini adalah yg terakhir dan aku nak jelaskan pendapat aku mengapa Nakamoto mencpta hanya 21 juta Bitcoin untuk pasaran dunia sehingga 2140.
Nakamoto seorang Insan bijak yg nampak Nilai Bitcoin akan berkembang dan bertambah dari masa kesemasa jika ia dihadkan supaya peminat akan mencarinya dipasaran. Daripada nilai USD1 dalam tahun 2010 kini nilainya meningkat kepada USD16,955.01 utk 1 Bitcoin pagi ini. New revision pada Tahun 2140 adalah kerana Nakamoto menjangka bahawa dalam 120 tahun akan datang manusia sudah hidup online sepenuhnya pada ketika itu. Tidak ada lagi dollar, ringgit, Euro, Ruppiah, Yen dan sebagainya. Maka, mungkin 21 juta Bitcoin lagi akan dikeluarkan pada jaringan cyber yg lebih sophisticated.
Kenapa aku cerita pasal Bitcoin?????
Kerana hasil dari kajian aku, Bitcoin adalah seperti duit2 tunai yg lain berkembang hanya kerana Spekulasi. Wang Tunai di monopoli sepenuhnya oleh Bank2 Simpanan, Skim Amanah dan sebagainya untuk mengaut keuntungan dari modal penyimpan atau pelabur. Profit sharing oleh Bank2 ini tidak sama rata. Pihak Bank semakin untung dan semakin kaya. Faedah yg diberi kepada penyimpan yg memberi sumbangan besar dalam penyediaan modal mereka hanya beberapa peratus.
Selain daripada itu, cakap saja pasal wang tunai akan menjurus kepada susut nilai yg sentiasa turun dan TIDAK PERNAH naik sepanjang zaman. Wang Tunai samaada dalam bentuk physical cash atau digital online tidak boleh sekali2 menjamin kesejahteraan masa depan.
HANYA EMAS YG KEKAL STABIL PENINGKATANYA DALAM JANGKA PANJANG. KALIS INFLASI, KALIS SPEKULASI DAN SELAGI MANUSIA SANGGUP MEMPERTARUHKAN NYAWA MASUK KEDALAM LOMBONG YG DALAM UNTUK MENCARI EMAS, MENGGUNAKAN TULANG 4 KERAT, MENGGUNAKAN DULANG, MENGGUNAKAN JENTERA CANGGIH UNTUK MELOMBONG SELAGI ITULAH EMAS KEKAL BERNILAI SEPANJANG ZAMAN.
RUJUK CERITA "AL DOREDO" DALAM BLOG AKU DIMANA MANUSIA SANGGUP MEREDAH BENUA, BELANTARA, GUNUNG GANANG HANYA PERCAYA CERITA DONGENG "RAJA BERSALUT EMAS" DEMI UNTUK MENCARI TEMPAT RAJA TERSEBUT. ITULAH HAKIKATNYA EMAS....
Dibawah ini adalah petikan nilai 1 Bitcoin terkini pagi ini. Lihatlah bagaimana penyusutan nilainya menjunam dari USD18,888 pada 19/12/17 jatuh kepada USD17,461.82 semalam (20/12/2017) dan pagi ini jatuh lagi kepada USD16,955.01 hanya untuk satu Bitcoin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan