Beli Emas

Emas adalah Aset yang mampu dimiliki sedikit demi sedikit bersesuaian dengan lebihan wang yang anda ada. Nilainya amat stabil dan sentiasa meningkat dalam jangka panjang berbanding dengan wang tunai. Kestabilan kehidupan anda dimasa hadapan akan lebih terjamin apabila anda mengumpulnya bermula dari sekarang.

Rabu, 20 Disember 2017

Cryptocurrency - Bitcoin Post 4

Ohhh...ohh.... Maaf, lambat sikit hari nie sebab hampir satu hari kerja dikebun siang tadi.
OK kita sambung Post yg keempat pasal Cryptocurrency - Bitcoin.

Saya percaya sehingga kini anda sudah tahu apa itu Cryptocurrency, Cryptography dan productnya iaitu Bitcoin. Secara ringkasnya Nakamoto mencipta wang digital melalui online dimana ia dikenali sebagai Cryptocurrency. Transaksi urusniaga, belian, jualan, pindahan dilakukan melalui Online menggunakan Program Software percuma disediakan oleh Nakamoto dinamakan Cryptography yg mengaplikasikan program khusus APIC (Applied Specific Intergrated Circuit) dalam verifikasi setiap transaksi . Hasil atau End product dari proses ini ialah Bitcoin.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Bitcoin????

Apabila Nakamoto mencipta Online Digital Money ini dia telah memperuntukkan 21 juta Bitcoin kedalam pasaran dunia dan jumlah ini akan kekal sehingga sehingga Tahun 2140. Kenapa 21 Juta? dan Kenapa sehingga tahun 2140? Nakamoto tidak memberi jawapan. Tetapi aku boleh agak beberapa jawapan terhadap tindakan Nakamoto itu. InsyaAllah aku akan beri beberapa alasan dalam Post terakhir berkenaan Bitcoin ini. Sekarang kita cerita macam mana nak dapat Bitcoin?????.

Ada 3 cara.

1. Apabila kita berurusniaga dengan sesaorang samaada dalam negara atau luar negara kita suruh dia bayar dengan Bitcoin. Maka kita akan dapat Bitcoin. Nilai Bitcoin tidak ditentukan oleh mana2 negara atau Nakamoto sekali pun. Ia hanya ditentukan melalui pasaran bebas akibat permintaan dan penawaran. Pada saat ini nilai 1 Bitcoin adalah USD17,461.82. Ketika aku tulis post semalam dalam jam 3 petang nilai 1 Bitcoin melebihi USD18,000. Ia seperti harga Emas berubah setiap masa. Jepun dan Russia dalam proses meluluskan penggunaan Bitcoin. Microsoft dan Dell telah menerima pembayaran melalui Bitcoin. Di Malaysia, kerajaan masih tak bercakap pun pasal ini. Tetapi ada tempat2 yg telah menerima Bitcoin dalam urusniaga. Sebenarnya Bitcoin tak memerlukan mana2 kerajaan untuk meluluskannya pun sebab ia menggunakan Online ke seluruh dunia.

2. Membeli terus melalui Broker Pasaran Bitcoin pada harga semasa. Caranya kena masuk ke Website Bitcoin iaitu :- bitcoin.co.id. Daftar login dan ada beberapa Broker yg iklankan penjualan Bitcoin disitu. Boleh buat akaun transfer dan sebagainya.

3. Melalui Bitcoin Mining atau Perlombongan. Cara ini agak complicated sikit dimana orang mahir computer boleh melakukannya. Nakamoto mengikut seperti konsep Emas dimana Allah SWT telah memperuntukkan sejumlah kuantiti Emas di perut bumi dan lombonglah untuk mendapatkannya. Hanya untuk melombong Bitcoin kita perlu ada Hardware Computer yg canggih dan software nya boleh didownload secara percuma. Kerja melombong Bitcoin sebenarnya adalah kerja membuat verifikasi transaction Bitcoin yg dilakukan oleh orang lain setiap saat diseluruh dunia. APIC system yg diujudkan oleh Nakamoto memerlukan 51% verifikasi atau pengesahan sebelum jualbeli atau pindahan Bitcoin diluluskan. Dan sesiapa yg terlibat atau berjaya membuat verifikasi bagi transaksi orang lain hadiahnya ialah collections of points yg membolehkan dia mendapat Bitcoin bila jumlah mata tersebut mencukupi. Ini yang dikatakan Mining atau Melombong. Bitcoin yg diperoleh itu ialah dari lebihan baki yg tinggal daripada 21juta yg Nakamoto simpan didalam Lombong Siber.

Ohhhh......ohhhh... Dah panjang sangat nie. Sambung esok ya... Dah dekat nak habis cerita nie. InsyaAllah.
Sharing is Caring!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan