Beli Emas

Emas adalah Aset yang mampu dimiliki sedikit demi sedikit bersesuaian dengan lebihan wang yang anda ada. Nilainya amat stabil dan sentiasa meningkat dalam jangka panjang berbanding dengan wang tunai. Kestabilan kehidupan anda dimasa hadapan akan lebih terjamin apabila anda mengumpulnya bermula dari sekarang.

Jumaat, 22 Disember 2017

Emas Vs Bitcoin

Emas Menang 7 - 0
OK ... Aku dah terang secara lengkap selama 5 hari berturut2 melalui 5 posts dalam FB ini berkenaan Bitcoin (Sila rujuk Blog aku "Beli Emas" dalam halaman Facebook utk melihat kembali semua posting tersebut. Tekan saja link Web disebelah utk kesana)

Kesimpulan yg aku dapati daripada keburukan Simpanan Bitcoin berbanding dengan Simpanan Emas adalah seperti dibawah :-

1. Kestabilan Nilai Bitcoin lebih dipengaruhi Spekulasi. Sebab itu ia tidak stabil walau pun dalam jangkapendek apalagi dalam jangka panjang. Emas kalis Spekulasi. Ia terus kekal stabil dalam nilainya yg tersendiri bahkan sentiasa meningkat terutama dalam jangka panjang.

2. Seeing is believing. Bitcoin dalam bentuk matawang digital. Hanya tersimpan dalam wallet akaun dan kita hanya percaya ianya ada. Emas dalam bentuk physical. Boleh dipegang, dilihat sebagai aset kita yg nyata.

3. Bitcoin hanya tersimpan dalam data computer. Walau bagaimana canggih pun system APIC nya berkemungkinan boleh CRASHED dan akaun anda boleh hilang bagitu saja. Emas tidak hilang begitu saja jika ia disimpan dengan baik ditempat yg selamat.

4. Risiko simpanan Bitcoin terlalu tinggi. Dalan 2 hari yg lepas saja nilainya susut hampir USD3000 untuk 1 Bitcoin. Emas tidak berisiko tinggi. Nilai Simpananya semakin bertambah.

5. Wang digital Bitcoin boleh dibelanja secara free flow dengan mudah. Penyusutan simpanan akan berkurang dgn pantas. Emas agak sukar untuk dibelanjakan pada kadar biasa.

6. Sehebat mana pun manusia yg mencipta system Cryptography Computer mungkin ada insan lain yg lebih hebat muncul di kemudian hari. Selamatkah Akaun Bitcoin anda daripada di Hacked oleh sesiapa nanti?????. Sebaliknya tidak ada sesiapa yg boleh Hacked Emas dalam simpanan anda.

7. Masih ada keraguan dari segi hukum halal & haram pemilikan Bitcoin. Tetapi yg nyata Emas yg anda perolehi dari Public Gold telah diperakui Patuh Syariah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan