Beli Emas

Emas adalah Aset yang mampu dimiliki sedikit demi sedikit bersesuaian dengan lebihan wang yang anda ada. Nilainya amat stabil dan sentiasa meningkat dalam jangka panjang berbanding dengan wang tunai. Kestabilan kehidupan anda dimasa hadapan akan lebih terjamin apabila anda mengumpulnya bermula dari sekarang.

Sabtu, 23 Disember 2017

Faham Akaun Boleh Kaya (1)

Saya akan Buktikan yang Emas akan menjadikan kita KAYA.

Untuk Menjadi Kaya, kita Mesti Memahami Prinsip Akaun Kewangan yg sebenar.  Mereka yg memahami Akaun Kewangan yg sebenar tidak semestinya terdiri dari Pelajar yg Pintar disekolah atau yang Bekelulusan Tinggi kerana sistem pendidikan di dunia ini hanya mendidik pelajar untuk menjadi Pekerja sahaja dan BUKAN Majikan.
Lihat mereka yg kayaraya didunia ataupun dinegara kita kebanyakkannya terdiri dari mereka yg tidak pandai atau pun ada yg gagal dalam pendidikan di sekolah atau universiti. 

Contohnya:- Tan Sri Syed Mokhtar al Bukhari berkedudukan ke 5 terkaya di Malaysia hanya menamatkan pelajaran di peringkat SPM.  Dari keluarga yg susah beliau memulakan perniagaan jual & beli lembu dan terkini mempunyai rangkaian perniagaan terbesar dengan nilai aset melebihi  RM10.6 billion.  Robert Kuok yg terkaya di Malaysia dengan nilai aset RM46.1 billion hanya memulakan perniagaan Beras & Tepung dalam tahun 1943. Bagitu juga dgn Boon Siew yg langsung tidak tahu menulis.

Terkaya Didunia pula diantaranya Bill Gates (RM246.3 billion), Warren Buffet, Jack Ma adalah diantara mereka yg terkandas  atau sekadar lulus di peringkat Universiti. Tetapi mereka memahami  Prinsip Asas Perakaunan yg betul. Tidak ada seorang pun  Doktor Pakar, Akauntan, Professor atau CEO dan sebagainya yg diistiharkan sebagai diantara yg terkaya sehingga kini.   Mengapa???

Kena faham Asas Perakaunan yg betul. Asas Perakaunan yg betul amat mudah dan tidak se complex  dengan apa yg kita belajar di Universiti.
Asasnya terbahagi hanya kepada Dua iaitu Penyata Pendapatan dan Kunci Kira2.

  1. Penyata Pendapatan hanya ada 2 komponen iaitu:-
·         Pendapatan
·         Perbelanjaan

  1. Kunci Kira2 pun hanya ada 2 komponen iaitu :-
·         Aset
·         Liabiliti


InsyaAllah, saya akan terangkan bagaimana kita kena faham pergerakkan komponen diatas bagi menjana kekayaan dalam posting esok2...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan