Beli Emas

Emas adalah Aset yang mampu dimiliki sedikit demi sedikit bersesuaian dengan lebihan wang yang anda ada. Nilainya amat stabil dan sentiasa meningkat dalam jangka panjang berbanding dengan wang tunai. Kestabilan kehidupan anda dimasa hadapan akan lebih terjamin apabila anda mengumpulnya bermula dari sekarang.

Isnin, 25 Disember 2017

Faham Akaun Boleh Kaya - 3 (Sambungan Semalam)

Itu baru liabiliti belian rumah secara hutang. Belum kita campur liabiliti akibat pembelian kereta (mewah???) dengan bayaran bulanan, duit minyak, service, kerosakan dan sebagainya.

Orang kata, Biar Papa asalkan Bergaya.”

Kalau nak jadi kaya mesti tanamkan matlamat iaitu “Beri Tumpuan kepada Pembelian Aset yg Menjana Pendapatan. Kurangkan Tanggungan atau Perbelanjaan Liabiliti kerana bila ada wang lebihan boleh beli dan tambah aset dengan mudah.”

Kita agak kurang bernasib bila kita diajar oleh orang tua2 kita dulu supaya cepat2 beli rumah walaupun baru berkerja kerana mereka mahu kita senang pada pendapat mereka. Niat mereka memang baik. Tetapi dalam prinsip Accounting yg sebenar kita hanya boleh beli bila kita mempunyai simpanan atau aset yg mencukupi. Memang kita dapat hidup senang sikit bila ada rumah sendiri tetapi kesenangan kita hanya berada ditahap yg sama dengan mereka kerana kita menanggung liabiliti jangka panjang. Boleh hidup saja tapi tak kaya.

Untuk menjadi kaya kita kena kumpul dulu aset kita. Bila cukup aset dan tiba masa yg sesuai baru beli rumah dan cuba beli dengan tunai atau kalau berhutang pun downpayment hendaklah tinggi bukan sekadar cukup makan supaya tempoh bayaran sesingkat yg mungkin.

Ingat!!!!! Orang kaya TIDAK menanggung beban hutang. Orang yang menanggung beban hutang walaupun nampak kaya dengan rumah besar dan kereta mewah adalah mereka yg dikategori dalam gulongan sederhana dan ada juga berada ditahap Miskin.

Orang kata, Tidak masuk akal nak beli rumah atau kereta secara Tunai Sedebuk atau sekaligus.

Sabar....Bang. Ada caranya iaitu :-

Tuan2 dan Puan2. Tiada ada sesuatu benda didunia ini yg bermula dengan banyak. Manusia bermula dengan sedikit. Anak2 bermula dengan sedikit. Rumah2 bermula dengan sedikit. Kenderaan bermula dengan sedikit. Kita perlu bersabar dan bertindak dengan berhemah. Perlu beristiqamah. Perlu berjimat cermat. Perlu menyimpan sedikit demi sedikit. (Tetapi bentuk simpanan MESTI yg berupaya mengekal atau menambahkan nilai semasa.) Barulah nilai aset kita akan bertambah menjadi banyak. Pada tahap aset anda telah banyak maka anda layak berada di kategori KAYA.

Pada masa itu Tepuk Dada Tanya Selera. Apa benda yg mesti dibeli dahulu dan seterusnya secara Tunai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan