Beli Emas

Emas adalah Aset yang mampu dimiliki sedikit demi sedikit bersesuaian dengan lebihan wang yang anda ada. Nilainya amat stabil dan sentiasa meningkat dalam jangka panjang berbanding dengan wang tunai. Kestabilan kehidupan anda dimasa hadapan akan lebih terjamin apabila anda mengumpulnya bermula dari sekarang.

Ahad, 24 Disember 2017

Faham Akaun Boleh Kaya (2)


(Sambungan Semalam)

Sebelum saya terangkan akan pegerakan komponen2 yg saya sebutkan semalam kita mesti betul2 Faham Perbezaan diantara Aset dan Liabiliti.

Definasi Aset ialah sesuatu yg kita miliki yg dapat mengekalkan nilainya atau menambahkan nilai atau wang kedalam poket atau simpanan kita.
Manakala Definasi Liabiliti ialah aliran keluar wang atau mengambil wang atau mengeluarkan wang dari pendapatan atau dari poket kita.

Secara mudahnya Perbezaan diantara Aset dan Liabiliti ialah:-
Aset menambah wang kedalam poket atau simpanan kita. Manakala Liabiliti ialah sebaliknya iaitu keluaran atau ambilan wang dari poket atau simpanan kita

Dalam Penyata Pendapatan :-
Pendapatan - Perbelanjaan = Cash Flow (Wang lebihan)

Kaitannya dengan Aset dan Liabiliti ialah:-
Cash Flow boleh menambah Aset.
Manakala Perbelanjaan Berlebihan menambah Liabiliti.

Lihat Diagram dibawah dan faham pegerakan Arrow :-
Apa yg dinamakan Aset (dalam quadran Kunci Kira2) sepatutnya yg dapat menambah nilai kedalam Pendapatan (dalam quadran Penyata Pendapatan)
Kalau Aset itu masih belum tentu nilainya atau mesti perlu menyalurkan wang untuk mengekalkan Aset itu .... Ia jatuh kedalam kategori Liabiliti dan ia bukan Aset. Inilah kelemahan yg paling nyata dimana ramai orang menyangka harta belum sempurna milik mereka itu ialah Aset. Ia sebenarnya adalah Liabiliti.

Saya petik kata2 Robert Kiyosaki dalam hal Aset dan Liabiliti ini iaitu :- Orang Kaya Mengumpul Aset dan Kelas menengah mengumpul Liabiliti yg mereka sangka adalah Aset.

Dalam Pelajaran Akaun di Sekolah, kita diajar Rumah yg kita beli adalah Aset. Ia tidak semestinya BENAR terutama apabila kita beli secara berhutang. Mithalnya utk perjanjian 30 tahun, kita terpaksa membayar faedah yg dikenakan oleh Bank secara tahunan atau “yearly compounded interest” yg menyebabkan nilai harga rumah meningkat berkali ganda dari harga asal. Lagi besar sesabuah rumah lagi tinggi liabiliti yg kita tanggung. Bukan hanya setakat harga rumah bahkan meliputi, peralatan rumah, bil2 elektrik & air, aircond dan lain2 lagi. Semua perbelanjaan ini adalah dibawah liabiliti. Ia hanya menjadi aset apabila kita beli dengan tunai atau pun selepas habis bayar iaitu 30 tahun lagi jika kita masih hidup.

Orang kata “Semakin Besar Periok Nasi Semakin Besarlah Keraknya.”
Sambung esok2....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan