Beli Emas

Emas adalah Aset yang mampu dimiliki sedikit demi sedikit bersesuaian dengan lebihan wang yang anda ada. Nilainya amat stabil dan sentiasa meningkat dalam jangka panjang berbanding dengan wang tunai. Kestabilan kehidupan anda dimasa hadapan akan lebih terjamin apabila anda mengumpulnya bermula dari sekarang.

Selasa, 21 November 2017

Nilai Emas Kekal Stabil


Iya..... Ketika nilai emas stabil dan semakin meningkat, Nilai duit pula semakin merosot & menurun.

Saya masih ingat 50 tahun lepas, harga seekor kambing sekitar RM80 seekor kerana pada masa itu keluarga saya ada membela kambing di kawasan rumah. Kini harganya melebihi RM600 seekor. 50 tahun lepas juga sebiji karipap harganya 10sen. Kini, pada saiz karipap yg sama bernilai 50 sen sebiji. Ini menunjukkan, untuk mendapatkan sesuatu barang yg sama pada masa ini kita perlu bayar dengan nilai wang 5 atau 6 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan nilai wang pada masa dahulu. Bahkan nilai wang semasa semakin menurun dan merosot teruk.

Sebaliknya, 1 gram emas yang bernilai RM35 pada 50 tahun lepas telah meningkat nilainya kini kepada RM190 se gram..

Kesimpulannya, Mana lebih untung??? Kalau 50 tahun dahulu kita simpan 1 gram emas atau jangan beli emas pada masa itu dan simpan wang tunai RM35.

Jawapannya :- Pastinya emas kerana 1 gram yg kita simpan itu kini bernilai RM190. Manakala RM35 ringgit dahulu yang kita simpan semakin susut nilainya. Tidak boleh lagi membeli 1 gram emas dengan RM35. Mungkin hanya bernilai untuk membeli sekampit beras saja sekarang.

Agak2nya, Berapa nilai duit anda yang tersimpan dalam bank sekarang untuk tempoh 10 tahun akan datang?????

Fikir dengan teliti dan buat keputusan yang tepat!
Nasihat saya, beli emas dan simpan untuk kesenangan anda dan generasi di masa hadapan.
Nota : Macam mana nak beli emas dengan wang simpanan sekarang tidak mencukupi???? Mudah!!! Jawapan saya di next Posting. Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan