Beli Emas

Emas adalah Aset yang mampu dimiliki sedikit demi sedikit bersesuaian dengan lebihan wang yang anda ada. Nilainya amat stabil dan sentiasa meningkat dalam jangka panjang berbanding dengan wang tunai. Kestabilan kehidupan anda dimasa hadapan akan lebih terjamin apabila anda mengumpulnya bermula dari sekarang.

Rabu, 22 November 2017

Beli Emas Sikit2


Nak beli emas.... tapi tidak ada wang simpanan???
Boleh!!! Simpan sikit2 secara bulanan. Asingkan sedikit wang pendapatan bulanan untuk beli emas sedikit demi sedikit. Mula beli dengan satu gram. Nilaian harga semasa dalam RM190/gram. Bulan depan beli lagi satu gram dan seterusnya setahun akan accumulate menjadi 12 gram.
Saya nasihatkan beli di Public Gold kerana ada beberapa pilihan jual/beli disini. 
1. Beli satu gram dengan membuka akaun GAP (Gold Accumulation Program) simpan dan membuat tambahan belian secara bulanan di Public Gold. Emas itu juga boleh diambil bila2 masa hanya dengan membayar premium (contohnya untuk 10gram premiumnya RM10) dan jongkong emas 10 gram itu milik anda untuk dibawa balik kerumah.
1. Beli terus secara retail juga di Public Gold pada harga semasa dan bawa balik.
Mengikut Ustaz Shamsul (kawan saya dalam FB ini) memberi cadangan dalam kuliah2 beliau iaitu Pendapatan Bulanan kita hendaklah dibahagikan kepada 7. 1 bahagian simpanan wajib. 2 bahagian simpanan biasa dan selebihnya untuk perbelanjaan harian bagi bulan berkenaan. Jadi gunakan 1 bahagian simpanan wajib itu untuk beli emas dan simpan.
Kenapa mesti beli dengan Public Gold ???(lihat posting saya sebelum ini) Tetapi saya akan terangkan lagi alasan kenapa mesti beli melalui Public Gold in my next posting .... Esok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan