Nilai wang kertas bagi sesebuah negara bergantung kepada beberapa faktor seperti kestabilan politik, kedudukan ekonomi, KDNK dan sebagainya. Secara umum, sehelai wang kertas itu tidak mempunyai nilainya yg tersendiri. Ia hanya bergantung kepada pengesahan sesuatu nilai oleh pemerintah. Kalau sehelai wang RM100/- di koyak kepada 2 bahagian maka hilanglah terus nilai ke dua2 bahagian wang kertas tersebut.
Tetapi Emas tetap mempunyai nilai yg tersendiri walaupun terpotong tiga atau halus, ditumbuk menjadi serbuk asalkan beratnya sama maka nilainya masih kekal atau bertambah.
Lihatlah wang kertas Jepun menjadi tidak laku apabila Jepun kalah dalam perang dunia kedua. Sesiapa yg menyimpan wang Jepun selepas perang tamat ketika itu terpaksa membakar atau membuang semuanya keperdu pokok pisang kerana ia tidak lagi bernilai.
Bagitu juga dengan pelarian Vietnam yg mendarat di Pulau Bidong suatu ketika dulu tidak membawa wang tunai Vietnam bersama mereka kerana ia tidak lagi bernilai. Tetapi orang hanyut itu Bijak. Mereka lari bersama emas yang dijahit dalam baju dan seluar mereka ketika tiba di Pulau Bidong. Dengan nilai emas itulah mereka memulakan penghidupan baru dinegara2 yg menerima mereka. Ada yg bertambah senang menjadi aktor terkenal seperti dalam filem "Killing Field". Ada yg menjadi Business Man yg berjaya dan sebagainya hasil dari emas bernilai yg dibawa bersama.
Kita bagaimana yaaaa????? Are you happy to stay put under the coconut shell????... Hee...heeee. ...heeee.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan