Beli Emas

Emas adalah Aset yang mampu dimiliki sedikit demi sedikit bersesuaian dengan lebihan wang yang anda ada. Nilainya amat stabil dan sentiasa meningkat dalam jangka panjang berbanding dengan wang tunai. Kestabilan kehidupan anda dimasa hadapan akan lebih terjamin apabila anda mengumpulnya bermula dari sekarang.

Ahad, 4 Mac 2018

Keazaman Menyimpan untuk Kekayaan

Kita memberi alasan, tidak boleh Menyimpan sebahagian dari Pendapatan kerana Perbelanjaan kita amat besar dan hampir melebihi pendapatan.

Realitinya, semakin besar pendapatan kita semakin besar pula perbelanjaan kecuali kita mempunyai Keazaman yg tinggi untuk mengawal perbelanjaan kita itu.

Kesilapan besar yg kita lakukan ialah Menyimpan apa yg lebih dari Perbelanjaan. Sedangkan orang2 kaya yg dulunya miskin Menyimpan dulu sebahagian dari Pendapatan dan selebihnya barulah di belanjakan.

Sebenarnya, Perbelanjaan adalah dibawah kawalan kita. Penyimpanan adalah Keazaman untuk kekayaan atau kesenangan dimasa depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan