Beli Emas

Emas adalah Aset yang mampu dimiliki sedikit demi sedikit bersesuaian dengan lebihan wang yang anda ada. Nilainya amat stabil dan sentiasa meningkat dalam jangka panjang berbanding dengan wang tunai. Kestabilan kehidupan anda dimasa hadapan akan lebih terjamin apabila anda mengumpulnya bermula dari sekarang.

Isnin, 18 Disember 2017

Aplikasi Cryptography

Kita sambung cerita semalam ya .... iaitu apa itu Cryptocurrency dan kaitanya dengan Bitcoin.

Nakamoto menyarankan supaya urusniaga pembelian & pembayaran walaupun diperingkat global tidak perlu menggunakan pihak ketiga seperti Bank, Pemegang Amanah dan sebagainya.
Jadi, bagaimana hendak dipastikan bahawa pembayaran dibuat dan diterima oleh sesuatu urusniaga itu SELAMAT. Melalui kaedah lama sebelum ini pihak ketiga adalah guarantor nya.
Nakamoto sedar bahawa sebarang transaksi Mesti bersifat Pasti Selamat (Fail Safe). Maka beliau memastikan isu sekuriti ini dengan memperkenal Aplikasi "Cryptography". Jangan pening...jangan pening. Saya akan jelaskan Aplikasi Cryptography ini dan bagaimana ia berfungsi.

Aplikasi Cryptography digunakan untuk memastikan :-
1. Tiada Pemalsuan Identiti pemilik akaun
2. Mencegah perbelanjaan berganda
3. Memastikan kesahihan pengkalan data.

Sebenarnya, kalau kita amati akan 3 fungsi diatas itu adalah peranan yg dimainkan oleh pihak ketiga atau bank dalam sistem yg terdahulu. Jadi Aplikasi Cryptography mengambil alih peranan pihak ketiga tersebut.

Kita tertanya-tanya, bagaimana Aplikasi Cryptography menentusahkan sesuatu identiti dan akan mengesahkan pulak sesuatu transaksi???

Sabar...sabar Bang. Disinilah Sistem Bitcoin memainkan perananya. Apa itu Bitcoin?. Apakah Akaun Bitcoin menggunakan Dompet??? (Wallet)..
Esok2 pulak saya sambung ya ....Bang. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan