Beli Emas

Emas adalah Aset yang mampu dimiliki sedikit demi sedikit bersesuaian dengan lebihan wang yang anda ada. Nilainya amat stabil dan sentiasa meningkat dalam jangka panjang berbanding dengan wang tunai. Kestabilan kehidupan anda dimasa hadapan akan lebih terjamin apabila anda mengumpulnya bermula dari sekarang.

Selasa, 19 Disember 2017

More About Bitcoin

OK. Ini ialah Post ke 3 Pasal Bitcoin - Cryptocurrency.
Apa itu Bitcoin. Seperti yg saya telah jelaskan dalam Post 1 iaitu ia adalah Duit Digital atau Cryptocurrency. Crypto bermaksud Ciptaan, Ukiran, Design dan sebagainya. Manakala Currency ialah Wang atau Duit. Jadi Bitcoin adalah Wang Ciptaan Digital yang transaksi Urusniaganya dilakukan melalui Internet or Online.
Untuk lebih jelas lagi .... saya perlu terangkan proses urusniaga dari awal hingga kini supaya anda akan lebih memahami kenapa ada Bitcoin.
Zaman permulaan awal Civilization, manusia membeli barang keperluan dengan menggunakan sistem "Barter Trade" . Contohnya, A membawa sekampit Beras ke suatu tempat urusniaga. B membawa beberapa ekor ayam ketempat yg sama. A menawarkan kepada B sekampit berasnya untuk ditukarkan bagi mendapat seekor ayam dan B bersetuju. Maka berlakulah apa yg dikatakan "Barter Trade".
Sistem urusniaga seperti ini diperbahrui dengan menggunakan Siling atau Coin. "A" hanya perlu menjualkan berasnya kepada sesiapa yg ingin membeli pada harga 1 kepiang wang siling. (Kepiang bukan keping - wang dulu) Bagitu juga B. Selepas Kepiang menjadi Kupang atau sen atau amah dan sebagainya.
Selepas siling muncul pula wang kertas. Urusniaga dilakukan dengan lebih teratur. Bank2 pun muncul untuk melengkapkan proses urusniaga atau bagi menguruskan simpanan aset.
Selepas Wang Kertas, muncul pula Kad Credit dan transaksi wang dilakukan melalui online banking. Pekerja dulu2 menerima sampul surat berduit didalamnya pada hujung bulan sebagai bayaran gaji atau upah bulanan kerja. Pekerja sekarang hanya perlu check akaun balance dalam bank pada hujung bulan. Bahkan melalui akaun bank tersebut sesaorang boleh membayar bill, hutang kereta, rumah dan sebagainya melalui e-banking.
Kini, Muncul Bitcoin bertujuan menggantikan sistem urusniaga yg dikawal dan dimonopoli oleh pihak bank dan negara. Bitcoin hanya dikawal oleh anda pemilik wang digital ini.
Sambung besok ya....Bang. Untuk lebih jelas saya akan terangkan Konsep Bitcoin dan bagaimana ia berfungsi... Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan