Beli Emas

Emas adalah Aset yang mampu dimiliki sedikit demi sedikit bersesuaian dengan lebihan wang yang anda ada. Nilainya amat stabil dan sentiasa meningkat dalam jangka panjang berbanding dengan wang tunai. Kestabilan kehidupan anda dimasa hadapan akan lebih terjamin apabila anda mengumpulnya bermula dari sekarang.

Ahad, 28 Januari 2018

OPR, BLR dan BR

Hmmm....Semalam,  merujuk kepada tempoh urusniaga dalam jangka pendek. 

Bank2 tempatan nie.... Tak kira lah Rimau ke, Gajah ke, Monyet ke berniaga diatas duit orang ramai, para pendeposit dan sebagainya.  Katalah secara tiba2 berlaku pengeluaran wang telalu banyak maka untuk survive dalam urusniaga selanjutnya Bank2 berkenaan perlu meminjam kepada Bank2 yang lebih stabil. Atau pinjam dengan BNM.  Maka kadar faedah pinjaman seperti ini menggunakan kadar yg dikeluarkan oleh BNM yg dinamakan OPR itu.

OK. Jadi, OPR hanya terpakai bagi pinjaman diantara Bank2 atau pun dengan BNM.
Apakah pula kesan terhadap orang ramai, pendeposit, peminjam, pengguna Kad Kredit dan sebagainya bila OPR dinaikkan oleh BNM?????

Banyak kesan ..... Beb!

Kau ingat Bank2  Rimau, Gajah dan sebagainya  bermurah hati nak absorb kadar kenaikan OPR dengan tidak melibatkan pendeposit & peminjam.  Hello!!! Bro... satu sen pun dia charge lah.

Contohnya,  engkau ada pinjam dengan Bank beli rumah kan?, Beli kereta kan? Dan entah apa2 lagi yg beli pinjam dengan Bank maka “SEMUA KADAR PINJAMAN AKAN DINAIKKAN”  prorate (prorata) iaitu kalau OPR naik 0.25% maka pinjaman Mu dengan bank pun akan naik berkuatkuasa sertamerta sebanyak 0.25%. Lazimnya pihak Bank akan hantar surat kepada pelanggan mereka memaklumkan kadar faedah dan jumlah bayaran bulanan baru yg dikenakan terhadap kamu.

Apakah terma kadar faedah yg di kenakan terhadap kamu oleh pihak Bank bila kau pinjam duit dengan mereka?????

Mereka menggunakan BLR atau di sebahagian case mereka gunakan BR +ve  atau BR-ve.

BLR merujuk kepada  Base Landing Rate atau dalam Bahasa Melayu kita sebut Kadar Faedah Tetap.  Apa pula BR dan macam mana pulak charge dan pengiraannya ya????

Ah... tunggu sambung esok pulak lah bang...   Panjang sangat dah nie.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan