Beli Emas

Emas adalah Aset yang mampu dimiliki sedikit demi sedikit bersesuaian dengan lebihan wang yang anda ada. Nilainya amat stabil dan sentiasa meningkat dalam jangka panjang berbanding dengan wang tunai. Kestabilan kehidupan anda dimasa hadapan akan lebih terjamin apabila anda mengumpulnya bermula dari sekarang.

Isnin, 29 Januari 2018

Sambungan OPR, BLR dan PR

BLR atau Base Lending Rate ditetapkan oleh Bank2 tempatan berdasarkan OPR yg dikeluarkan oleh BNM.

Hampir semua Bank2 tempatan menetapkan kadar BLR pada masa ini sebanyak 6.85%. Bila OPR naik 0.25% maka BLR terkini akan menjadi 7.10%. Kadar BLR akan lebih tinggi sekiranya hutang atau Financing Tenure/Package untuk tempoh yg maksimum atau lama. Dan BLR akan apply –ve bila tempoh pinjaman singkat biasanya minima 5 tahun. Tapi kalau you settle hutang lebih awal dari 5 tahun, Bank akan charge you pulak dalam 2% kerana settle cepat dan merugikan IRR mereka. Pelik ke tak pelik tuuu... Settle awal pun kena denda sebab itulah sumber pencarian mereka.  BLR boleh jadi seperti 7.10% - 2% (contoh) bagi pinjaman jangkapendek yg boleh dibincangkan diantara Peminjam dengan Bank.

BR pula adalah terma baru yg muncul lebih kurang 2 tahun lepas. BR maksudnya Base Rate atau Kadar Asas yg ditentukan oleh pihak Bank berdasarkan kemampuan kewangan mereka dengan mengambil kira Kos Operasi, Margin Keuntungan, Risiko Kecairan dan Risiko Kredit Peminjam.  Kadar BR bagi kebanyakkan Bank2 tempatan terkini adalah sekitar 4.5%.

Jadi, adalah HAK anda selaku peminjam untuk berbincang dengan pihak Bank berkenaan penggunaan BLR atau BR bila memohon pinjaman.
Tetapi, kebanyakkan orang kita selalunya Gelap Mata.  Dengar kata nak beli rumah dan pemaju pula rekomen Bank yg sanggup bagi pinjaman kita terus bersetuju. Financing Agreement pula dalam Bahasa Inggeris dan tebalnya hampir 10cm dan kita macam orang yg terlalu pandai (bodoh sombong) dengan initial saja semua pages perjanjian bila disuruh sedangkan  terma untuk BLR atau BR kalau disemak tak sampai 1 muka surat pun. Definasi perjanjian saja 5 muka surat.

Bayangkanlah pinjaman sebuah rumah sebanyak RM300,000 dengan kadar BLR 6.85% selama 30 tahun akan menjadikan Kos Rumah tersebut sebanyak RM616,500 dimana bayaran bulanan adalah sebanyak lebih kurang RM1500 sebulan.
Apakah nilai Rumah itu akan bernilai RM600K 30 tahun akan datang. Kenapa kita perlu bayar pada Bank atau Ceti Zaman Moden ini lebih dari harga rumah yg kita beli???.

Sebaliknya RM1500 sebulan kita akan dapat beli 8 gram Emas pada harga sekarang (RM188/gram). Setahun kita akan ada 96 gram dan untuk 10 tahun kita akan ada 960gram. Harga jangkapanjang Emas untuk tempoh 10 tahun akan datang berdasarkan trend harga 10 tahun lepas adalah sekitar peningkatan 65% menjadi nilainya dalam RM300,000.  Common guys, you akan ada RM300K  in ten years time but  you pilih untuk berhutang 30 tahun membayar pinjaman pokok bagi sebuah rumah RM300,000.

Hakikatnya.. Itulah orang kita. Kalau kita baru dapat kerja selepas belajar dulu, balik kampung ada 2 soalan popular. Satu, Bila nak kahwin? Itu tak apa juga sebab membina keluarga dapat elak kecairan wang ketempat lain.
Soalan Kedua, Bila nak beli rumah?. Abu, Seman, Tijah dah beli rumah cantik .... awak bila lagi??? Malukan Seman, malukan Abu, Tijah ... kita pun berhutanglah. Soalan ketiga tak sempat tanya... tiba2 bawa balik saja.. (Soalannya ... Bila nak beli kereta???)

Orangggg Kitaaaa. Amaaat Mewahhhh!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan