Beli Emas

Emas adalah Aset yang mampu dimiliki sedikit demi sedikit bersesuaian dengan lebihan wang yang anda ada. Nilainya amat stabil dan sentiasa meningkat dalam jangka panjang berbanding dengan wang tunai. Kestabilan kehidupan anda dimasa hadapan akan lebih terjamin apabila anda mengumpulnya bermula dari sekarang.

Rabu, 27 Disember 2017

Faham Akaun Akan Jadi Kaya (Terakhir)

Akhir kata, nasihat kepada anak muda supaya jangan memikir utk membeli rumah dan kereta mewah terlebih dahulu. Tamatkan sertamerta sebarang Kad Credit yg anda miliki kerana ia adalah medium terbesar yg menjurus kepada liabiliti kehidupan anda.  Banyak orang nak bergaya, ikut trend, mudah dan short cut.  Semua perkara inilah yg akan menyusah dan membebankan kita kelak.

Tidak akan ada suatu Institusi Kewangan yang bagitu bermurah hati memberi kemudahan kewangan kepada anda sekiranya mereka tidak mendapat keuntungan.  Institusi itu pun hidup dan buat duit guna duit orang. Put a stop to it!!!!!. Manage your cash flow. Pastikan Aset bertambah setiap bulan dan liabiliti MESTI berada ditahap terendah. 

Ingat!!! Lagi besar liabiliti yg anda tanggung lagi banyak masa anda berada ditempat kerja. Lagi kuat kerja untuk dapat duit lebih sebab nak bayar hutang yg semakin besar.  Tidak salah anda kerja kuat untuk dapat naik pangkat TETAPI mesti uruskan pendapatan anda dengan baik dan berhemah.

Sekali lagi saya nak ingatkan “Mesti Tambah Aset”

EMAS adalah aset yg terbaik kekal bernilai sepanjang zaman.  Tukarkan sebahagian simpanan wang anda kepada Simpanan Emas sekarang.

“The Secret of Getting Ahead is Getting Started”

“Only you can change your life. No one else can do it for you.”

Cukup hanya menyewa rumah flat atau teres 2 atau 3 bilik, kereta sekadar keperluan utk pergi kerja dan Tumpuan Utama ialah “BUILD YOUR ASSET”.  Beli Emas!!!   Beli Emas!!!   Beli Emas!!! 

InsyaAllah, The Man who laugh Last, .... Will Laugh the Best.  

Wassalam.

Selasa, 26 Disember 2017

Promosi :- Seminar Percuma di Kuantan.

Malam Esok di Pejabat Public Gold, Jalan Beserah, Kuantan (Sebelah Maybank). Masuk percuma. Cabutan Hadiah untuk kehadiran berbentuk 0.5gram Emas di beri on the spot kepada pemenang. Rakan di Kuantan harap jumpa saya disana ya...




Faham Akaun Akan Jadi Kaya (4)

Nak jadi kaya, mindset kita kena tune betul2.
Peribahasa ini mesti ada dalam kepala iaitu :-

Berdikit2 lama2 jadi bukit.
Bersusah2 dulu bersenang2 kemudian
Jangan jadi Ayam, Berkokok bergegar2 ekor bergelumang taik.

Mindset orang kaya Hanya menambahkan Aset.
Bagaimana nak tambah Aset jika cash flow kita yg tidak banyak?????.

Mudah saja Bang!!!. 

Aset terbahagi kepada 3 saja. (Dibeli secara Tunai)
  1. Tanah
  2. Rumah
  3. Emas
Orang kata “Ukur baju dibadan sendiri”
Kalau kita tak mampu beli tanah,--- beli rumah.
Kalau tak mampu beli rumah, ---- BELI  EMAS.

Semua orang yg ada cash flow nya minima RM200 sebulan TENTU MAMPU utk membeli 1 gram emas. Ia akan menjadi Aset. Setahun 12 gram, 5 tahun 60 gram. Nilai emas pula semakin meningkat dalam jangka panjang. Itu baru belian RM200 sebulan. Katakan lah kita bayar ansuran bulanan rumah RM1500 sebulan dan wang ini kita tak beli rumah lagi dan beli Emas kita akan dapat dalam 8 gram. Kalau setahun 96gram. 5 tahun kita sudah kumpul 480gram dan nilai pada masa itu ialah minima RM100,000.  Ia sudah menjadi aset kita.

Purata kenaikan nilai tahunan Emas sebelum ini adalah paling kurang 15%  setahun.  Jadi, Nilai simpanan secara istiqamah 8 gram sebulan selama 10 tahun dicampur dengan peningkatan nilai minima 15% setahun menjadikan jumlah aset  terkumpul  kita adalah sebanyak RM280,000.  Bermakna,  dalam 10 tahun kita sudah boleh beli sebuah rumah 2 tingkat cash.

Dan kita kaya selepas itu kerana liabiliti bulanan kita hanya tertumpu kepada belanja utiliti sahaja.  Bermaksud,  kita Tidak menanggung beban hutang sampai ke tua. Bahkan kita boleh mengumpul aset baru pula untuk membeli aset2 lain seperti Tanah2 Dusun, Rumah Banglow, Kereta2 yg kita idamkan, Emas dan sebagainya secara TUNAI kerana kita bebas dari Bebanan Liabiliti.  Itu baru dinamakan Kaya.
Nah!!!!!  Saya dah buktikan yang menyimpan Emas akan membuatkan anda kaya.  Saya sendiri ralat kerana tidak menyimpan Emas 30 tahun lalu tetapi saya amat faham konsep akaun sebenar iaitu aset perlu sentiasa bertambah dan  liabiliti mesti ditahap terendah.  Saya abaikan nasihat ibubapa saya yang menyuruh saya beli rumah diperingkat awal bekerja dengan alasan tidak mahu menanggung beban hutang dan akan cuba membeli secara tunai bila simpanan mencukupi.

Peringkat awal pekerjaan saya hanya menyewa rumah yg sederhana. Rumah separuh concrete dan kayu.  Paling besar rumah yg saya sewa ialah Rumah Teres setingkat 3 bilik dengan kadar sewaan RM300/sebulan.  Rakan2 saya yg sama jawatan menyewa Rumah 2 Tingkat dan ada yg sewa Bunglow dalam RM1500/sebulan sebelum mereka pindah kerumah mereka yg baru dibeli yg sedang dalam pembinaan.  Kereta permulaan saya hanya kereta Mini Austin Secondhand.  Saya lebih banyak guna motorsikal ketempat kerja. Saya hanya beli rumah selepas 15 tahun bekerja. Rumah pertama, saya bayar downpayment lebih dari separuh dan settle full payment hanya dalam 5 tahun. Rumah kedua di Damansara, KL dan ketiga sebuah Bunglow berserta tanah di Kuantan yg saya bayar dengan cash ketika saya masih bekerja.

Beberapa tanah Dusun Buah2an dan beberapa kenderaan saya pun dibeli dengan tunai. Itu kerana mindset saya ketika itu tidak mahu bayar bunga atau interest kepada orang khususnya Bank.  Kini, saya tidak mempunyai satu sen hutang pun dengan pihak bank.  Liabiliti saya hanya perbelanjaan harian dan bil2 utiliti bulanan. Aset saya mengeluarkan hasil dan menambah kepada pendapatan. Dusun2 mengeluarkan hasil, Homestay mengeluarkan hasil. Rumah di KL nilainya meningkat 3 kali ganda dan semakin meningkat.

Kalaulah saya beli dan simpan emas dan tidak menyimpan kesemuanya dalam bank dahulu sudah tentu lebih banyak aset yg boleh saya miliki. It’s OK. It’s better late than never. Saya beli dan menyimpan emas sekarang.

Anda yg muda2 tuu.... patut beli Emas sekarang kalau nak kaya atau senang dimasa hadapan.


Sambung esok  ..... (Bahagian Terakhir).

Isnin, 25 Disember 2017

Promosi dari PGMall untuk hari ini





Faham Akaun Boleh Kaya - 3 (Sambungan Semalam)

Itu baru liabiliti belian rumah secara hutang. Belum kita campur liabiliti akibat pembelian kereta (mewah???) dengan bayaran bulanan, duit minyak, service, kerosakan dan sebagainya.

Orang kata, Biar Papa asalkan Bergaya.”

Kalau nak jadi kaya mesti tanamkan matlamat iaitu “Beri Tumpuan kepada Pembelian Aset yg Menjana Pendapatan. Kurangkan Tanggungan atau Perbelanjaan Liabiliti kerana bila ada wang lebihan boleh beli dan tambah aset dengan mudah.”

Kita agak kurang bernasib bila kita diajar oleh orang tua2 kita dulu supaya cepat2 beli rumah walaupun baru berkerja kerana mereka mahu kita senang pada pendapat mereka. Niat mereka memang baik. Tetapi dalam prinsip Accounting yg sebenar kita hanya boleh beli bila kita mempunyai simpanan atau aset yg mencukupi. Memang kita dapat hidup senang sikit bila ada rumah sendiri tetapi kesenangan kita hanya berada ditahap yg sama dengan mereka kerana kita menanggung liabiliti jangka panjang. Boleh hidup saja tapi tak kaya.

Untuk menjadi kaya kita kena kumpul dulu aset kita. Bila cukup aset dan tiba masa yg sesuai baru beli rumah dan cuba beli dengan tunai atau kalau berhutang pun downpayment hendaklah tinggi bukan sekadar cukup makan supaya tempoh bayaran sesingkat yg mungkin.

Ingat!!!!! Orang kaya TIDAK menanggung beban hutang. Orang yang menanggung beban hutang walaupun nampak kaya dengan rumah besar dan kereta mewah adalah mereka yg dikategori dalam gulongan sederhana dan ada juga berada ditahap Miskin.

Orang kata, Tidak masuk akal nak beli rumah atau kereta secara Tunai Sedebuk atau sekaligus.

Sabar....Bang. Ada caranya iaitu :-

Tuan2 dan Puan2. Tiada ada sesuatu benda didunia ini yg bermula dengan banyak. Manusia bermula dengan sedikit. Anak2 bermula dengan sedikit. Rumah2 bermula dengan sedikit. Kenderaan bermula dengan sedikit. Kita perlu bersabar dan bertindak dengan berhemah. Perlu beristiqamah. Perlu berjimat cermat. Perlu menyimpan sedikit demi sedikit. (Tetapi bentuk simpanan MESTI yg berupaya mengekal atau menambahkan nilai semasa.) Barulah nilai aset kita akan bertambah menjadi banyak. Pada tahap aset anda telah banyak maka anda layak berada di kategori KAYA.

Pada masa itu Tepuk Dada Tanya Selera. Apa benda yg mesti dibeli dahulu dan seterusnya secara Tunai.

Ahad, 24 Disember 2017

Faham Akaun Boleh Kaya (2)


(Sambungan Semalam)

Sebelum saya terangkan akan pegerakan komponen2 yg saya sebutkan semalam kita mesti betul2 Faham Perbezaan diantara Aset dan Liabiliti.

Definasi Aset ialah sesuatu yg kita miliki yg dapat mengekalkan nilainya atau menambahkan nilai atau wang kedalam poket atau simpanan kita.
Manakala Definasi Liabiliti ialah aliran keluar wang atau mengambil wang atau mengeluarkan wang dari pendapatan atau dari poket kita.

Secara mudahnya Perbezaan diantara Aset dan Liabiliti ialah:-
Aset menambah wang kedalam poket atau simpanan kita. Manakala Liabiliti ialah sebaliknya iaitu keluaran atau ambilan wang dari poket atau simpanan kita

Dalam Penyata Pendapatan :-
Pendapatan - Perbelanjaan = Cash Flow (Wang lebihan)

Kaitannya dengan Aset dan Liabiliti ialah:-
Cash Flow boleh menambah Aset.
Manakala Perbelanjaan Berlebihan menambah Liabiliti.

Lihat Diagram dibawah dan faham pegerakan Arrow :-
Apa yg dinamakan Aset (dalam quadran Kunci Kira2) sepatutnya yg dapat menambah nilai kedalam Pendapatan (dalam quadran Penyata Pendapatan)
Kalau Aset itu masih belum tentu nilainya atau mesti perlu menyalurkan wang untuk mengekalkan Aset itu .... Ia jatuh kedalam kategori Liabiliti dan ia bukan Aset. Inilah kelemahan yg paling nyata dimana ramai orang menyangka harta belum sempurna milik mereka itu ialah Aset. Ia sebenarnya adalah Liabiliti.

Saya petik kata2 Robert Kiyosaki dalam hal Aset dan Liabiliti ini iaitu :- Orang Kaya Mengumpul Aset dan Kelas menengah mengumpul Liabiliti yg mereka sangka adalah Aset.

Dalam Pelajaran Akaun di Sekolah, kita diajar Rumah yg kita beli adalah Aset. Ia tidak semestinya BENAR terutama apabila kita beli secara berhutang. Mithalnya utk perjanjian 30 tahun, kita terpaksa membayar faedah yg dikenakan oleh Bank secara tahunan atau “yearly compounded interest” yg menyebabkan nilai harga rumah meningkat berkali ganda dari harga asal. Lagi besar sesabuah rumah lagi tinggi liabiliti yg kita tanggung. Bukan hanya setakat harga rumah bahkan meliputi, peralatan rumah, bil2 elektrik & air, aircond dan lain2 lagi. Semua perbelanjaan ini adalah dibawah liabiliti. Ia hanya menjadi aset apabila kita beli dengan tunai atau pun selepas habis bayar iaitu 30 tahun lagi jika kita masih hidup.

Orang kata “Semakin Besar Periok Nasi Semakin Besarlah Keraknya.”
Sambung esok2....

Sabtu, 23 Disember 2017

Faham Akaun Boleh Kaya (1)

Saya akan Buktikan yang Emas akan menjadikan kita KAYA.

Untuk Menjadi Kaya, kita Mesti Memahami Prinsip Akaun Kewangan yg sebenar.  Mereka yg memahami Akaun Kewangan yg sebenar tidak semestinya terdiri dari Pelajar yg Pintar disekolah atau yang Bekelulusan Tinggi kerana sistem pendidikan di dunia ini hanya mendidik pelajar untuk menjadi Pekerja sahaja dan BUKAN Majikan.
Lihat mereka yg kayaraya didunia ataupun dinegara kita kebanyakkannya terdiri dari mereka yg tidak pandai atau pun ada yg gagal dalam pendidikan di sekolah atau universiti. 

Contohnya:- Tan Sri Syed Mokhtar al Bukhari berkedudukan ke 5 terkaya di Malaysia hanya menamatkan pelajaran di peringkat SPM.  Dari keluarga yg susah beliau memulakan perniagaan jual & beli lembu dan terkini mempunyai rangkaian perniagaan terbesar dengan nilai aset melebihi  RM10.6 billion.  Robert Kuok yg terkaya di Malaysia dengan nilai aset RM46.1 billion hanya memulakan perniagaan Beras & Tepung dalam tahun 1943. Bagitu juga dgn Boon Siew yg langsung tidak tahu menulis.

Terkaya Didunia pula diantaranya Bill Gates (RM246.3 billion), Warren Buffet, Jack Ma adalah diantara mereka yg terkandas  atau sekadar lulus di peringkat Universiti. Tetapi mereka memahami  Prinsip Asas Perakaunan yg betul. Tidak ada seorang pun  Doktor Pakar, Akauntan, Professor atau CEO dan sebagainya yg diistiharkan sebagai diantara yg terkaya sehingga kini.   Mengapa???

Kena faham Asas Perakaunan yg betul. Asas Perakaunan yg betul amat mudah dan tidak se complex  dengan apa yg kita belajar di Universiti.
Asasnya terbahagi hanya kepada Dua iaitu Penyata Pendapatan dan Kunci Kira2.

  1. Penyata Pendapatan hanya ada 2 komponen iaitu:-
·         Pendapatan
·         Perbelanjaan

  1. Kunci Kira2 pun hanya ada 2 komponen iaitu :-
·         Aset
·         Liabiliti


InsyaAllah, saya akan terangkan bagaimana kita kena faham pergerakkan komponen diatas bagi menjana kekayaan dalam posting esok2...